Petua
Tips Menggoreng Sosej Supaya Tak Kecut Dan Berkedut. Elok Gebu Mulus Kejadiannya!

Tips Menggoreng Sosej Supaya Tak Kecut Dan Berkedut
Perasan atau tidak, selalunya sosej-sosej yang dijual digerai makanan ini cantik elok mulus, tegang, tidak menggelembung dan tidak kecut.
Namun jika kita sendiri masak dirumah hasilnya tidak sama. Kebiasaanya sosej akan menjadi kecut selepas dimasak. Jika anda mengalami masalah yang sama, ini ada beberapa tips yang boleh anda praktikan dalam menyediakan sajian ini.
Baca perkongsian daripada Siti Afifah.
TIPS MENGGORENG SOSEJ SUPAYA TIDAK BERKEDUT
Aku kalau bab goreng sosej ni memang faiIed. Kalau rebus ok lagi la.
Ada tips tak nak bagi gorengan sosej ni cantik macam kat kedai tu? Terima kasih.
Rendam Sosej Di Dalam Air Panas Terlebih Dahulu
Tips daripada Nourhayati Yusrina :
” Masa kerja kat airport dlu chef kat situ ajar, rendam dahulu sosej dalam air panas mendidih 10-15 minit.. pastu toskan.. panaskan minyak .. biar betul-betul berasap dan pastikan minyak banyak.. bila dah panas betul masukkan sosej tadi goreng dlm masa 7 saat saja dan terus angkat toskan..”
Cara ini juga meyebabkan minyak kurang meresap ke dalam sosej.
Goreng Tidak Perlu Minyak Panas
Tips Fareez Amy Shafie (katerer dan juga peniaga pasar malam ) :
” Untuk pastikan kulit sosej sentiase tegang mude remaja, jangan goreng gune minyak panas…bukak je api, terus masukkan sosej ke dalam minyak (bilas dulu sosej dengan air dan keringkan)… biar dia masak bersama minyak yang baru nak panas…timbul je da bolah angkat..pasti masak…sedikit berminyak tapi lepas toss minyak tu hilang la…hasil nya sosej yang gebu gebas montok dan bergetah dapat anda nikmati dengan berselera… Semoga bermanfaat..”
Panaskan Pan Dan Letak Minyak Sedikit
” Senang je. Kalau nak sausage rupa cantik.. panas pan letak sikit je minyak – just cukup untuk tak bagi lekat sausage kat pan. Goreng mcm gerai burger buat tu haa..
Kalau siapa nak yang macam kecut dalam gambar ni.. pakai je minyak quantity macam nak deepfry tu.. makanya dapat la yang kecut tu nanti lepas dah sejukkan..”
Goreng Sosej Tambah Sedikit Air
“..Macam ni sis, nak bagi tak kecut.. goreng sosej tambah air sikit contoh setegah cawan + minyak dalam setengah cawan. Dia akan cantik tak kecut, Juice lagi. Jangan lama goreng dia 3 minit lebih kurang pun dah cukup..”
Ini antara beberapa tips perkongsian yang boleh anda cuba untuk hasilkan sosej goreng yang cantik. Selamat Mencuba!
Sumber/Foto : Siti Afifah

Petua
Teknik Tanam Pudina Agar Pokok Cepat Tumbuh Dan Lebih Kukuh!

Pokok Pudina Cepat Tumbuh Dan Lebih Kukuh
Pokok pudina merupakan antara pokok yang sering menjadi pilihan untuk ditanam di rumah. Apa tidaknya, baunya yang segar selain kepelbagaian kegunaannya menjadikan tumbuhan ini menjadi kesukaan ramai.
Nikmat sungguh kan kalau dapat minum teh pudina petang-petang bersama keluarga. Rasa sedap, baunya pun wangi menyegarkan.
Agak sukar sebenarnya nak tanam pokok pudina ini kerana ia mudah beralih dek kerana batangnya yang lembut dan kecil.
Oleh itu, kali ini admin akan kongsikan satu petua daripada Rina Kefele tentang teknik menanam pokok pudina menggunakan teknik lingkaran yang boleh anda cuba di rumah.
Jom baca perkongsiannya.
TEKNIK MENANAM DAUN PUDINA
- Kerat batang pokok pudina, ambil yang hujung-hujung yang sudah berjurai.
- Sediakan bekas dan tanah hitam.
- Buang daun dan simpulkan secara melingkar seperti ini.
- Buat dalam beberapa batang.
- Masukkan bahagian yang telah dilingkar ke dalam tanah dan timbuskan ia.
- Simpan di tempat yang redup. Ini merupakan teknik untuk buat pokok jadi lebih kukuh.
Ini pokok yang ditanam seminggu yang lalu. Langsung tidak layu. Di bawah itu ada tempat takungan air.
Simpan di tempat yang redup.
Ini pula pokok yang sudah ditanam selama dua bulan.
Subur dan banyak daunnya.
Alhamdulillah….
SUMBER: RINA KEFELE via Rasa
Petua
Cara Semai Capsicum, Pokok Renek Dan Berbuah Subur! Baru Cuba Pun Confirm Menjadi!

Cara Semai Capsicum Confirm Menjadi
Siapa yang tak suka kan bila tengok pokok yang ditanam tumbuh subur kan? Lebih-lebih lagi bagi yang baru berjinak-jinak dalam bercucuk tanam. Tanaman pulak tumbuh mekar dan ranum.
Antara tanaman yang menjadi pilihan ramai termasuklah capsicum atau lada benggala.
Rupanya bukan susah pun nak tanam pokok capsicum ni.
Ikut sahaja seperti dalam perkongsian ilmu daripada Mell Akmal ini. Katanya first time tanam pun menjadi.
“First time tanam alhamdulillah menjadi. Renek aje pokoknya tapi buah kerap jadi. Benih saya ambil dari capsicum yang dibeli dari pasar sahaja.”
Bagi yang nak tahu cara semainya, jom tengok langkah demi langkah dan teknik dari Mell ini :
CARA SEMAI POKOK CAPSICUM :
- Beli capsicum di pasar berdekatan
- Ambil bijinya, dan rendam dalam air semalam
- Biji yang terapung itu dibuang . Yang lain lain saya letak atas tisu basah dalam bekas bertutup. Pastikan tisu sentiasa basah.
- Lepas seminggu, benih yang dah keluar akar saya pindahkan ke tanah.
- Ini gambar usia anak pokok lebih 10 hari
- Sembur air 2 kali sehari.
- Saya letak ditempat berbumbung, tapi still kena cahaya matahari. Bila besar sedikit pindah ke tanah atau pasu yang lebih besar.
- Bila dah besar sikit saya spray vitamin siam 2x seminggu. Untuk kuatkan akar dan membantu pertumbuhan pokok serta menggalakkan pokok berbunga dan berbuah.
“Selamat mencuba. Lagi satu saya tak berapa arif pasal pokok, jadi saya cuba cara yang biasa sahaja. Term2 dalam tanaman pun saya tak berapa arif. Andai ada yang salah. Mohon tunjuk ajar“, akhiri Mell.
Selamat mencuba!
Kredit foto & info : FB Mell Akmal
Petua
Resepi Biskut Makmur Gebu Inti Kacang Tumbuk, Cair Di Mulut!

Biskut makmur gebu versi saya. Cair di mulut…
Saya olah daripada resepi-resepi yang saya rujuk..berdebar jugak takut tak sedap atau tak cukup rasanya.
Tapi lepas berbuka tadi try rasa sebiji..erm..alhamdulillah,ok, boleh save la resepi saya ni.
Makmur Gebu Inti Kacang
Bahan-bahan Untuk Doh:
-4 cwn tepung (disangai sampai naik bau)
-1/2 cwn gula kastor
-1/4 cwn susu tepung
-3 sb mentega yg dicairkan(saya guna buttercup, sbb tak suka minyak sapi)
-Minyak jagung secukupnya (saya tak sukat, main tuang je..tp tuang sikit2)
-1/2 st garam
Cara Membuatnya:
Dalam mangkuk, satukan tepung, gula, susu tepung dan garam.
Tuang butter yang telah dicairkan (tunggu sejuk) dan minyak jagung secukupnya.
Tuang pelan-pelan sambil ramas dan uli sehingga menjadi doh yg sesuai dibentuk. (Cuba kepal-kepal, kalau kepal dia menjadi bulat ok lah tu)
Bahan-bahan Untuk Inti:
Kacang kisar atau tumbuk 3/4 cawan (digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit)
3 sudu besar susu pekat
2 sudu besar gula halus
Secubit garam
Cara-caranya: Gaul jer semua bahan-bahan untuk inti.
Gula ising 3/4 cwn utk salut.
Cara-cara Membuat Biskut:
Bentukkan doh dan letak inti kacang tadi di dalamnya, tutup doh dan sempurnakan bentuknya. (Terpulang pada size yang anda suka, letak kacang lagi banyak lagi sedap).
Bakar pd suhu 150° , 20 minit. (Ikut oven masing-masing)
Gelek2 makmur yang telah masak dalam gula ising ketika masih suam.
Biar sejuk sepenuhnya, baru simpan dalam balang. (Untuk adunan ni mengikut bentuk yang saya buat, saya dapat 50 biji).
Alhamdulillah!
Selamat mencuba bagi yang berminat. Saya halalkan resepi ni. Doakan saya sentiasa murah rezeki dan sihat ya. Terima kasih..
Kredit Resepi : Wan Afifah via MAHN
-
Uncategorized1 year ago
Cuba Elakkan Dari Menamakan An4k Anda Dengan Nama-Nama Ini. Ini Penjelasannya.
-
Uncategorized1 year ago
Satu-Satunya Rakyat Malaysia Daripada 43 Orang Di Dunia Miliki ‘D4rah Emas
-
Uncategorized1 year ago
Penantian 7 tahun kehilangan MH370 akhirnya ditemui, Jurutera Dari Britain Ini Dedah Lokasi Sebenar MH370 Terhempas
-
Uncategorized1 year ago
Satu-Satunya Rumah Yang Terselamat Dari Letusan Gunung Ber4pi Semeru, “Debu pun tak ada, bersih” – Rumah Siapakah Ini?
-
Uncategorized1 year ago
Kerana Membeli Secara Online, Lelaki Ini Menangis Sebaik Sofa Sampai Ke Rumah
-
Uncategorized1 year ago
“ᴛɪᴅᴀᴋ ʙᴏʟᴇʜ ʟᴀʀɪ”, Selepɑs Lelo͏ng Aset Di Malaysia, Aset Sajat Di Austrɑlia Juga Bɑkal Dilelo͏ng Dan Diisytihɑr Bɑnkrap –
-
Uncategorized10 months ago
Dijemput ALLAH Di Bilik Tidur Ketika Sedang Puasa Tanpa Sebarang SAKlT
-
Uncategorized10 months ago
Nabil Ahmad Ditegur Ustaz Kerana Bangun Pukul 3.30 Setiap Pagi Sebab Nak Solat Qada 17 Rakaat