Connect with us

#TAULADAN

Sumayyah (Srikandi Islam) yang disek,sa dengan kej4m, dis4lib dipadang pasir yang terik, dibak4r,ditindih batu pan4s! 

Published

on

sumayyah

Sumayyah binti Khayyathm ialah syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan dar4hnya demi mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya. Teladan istimewa yang wajar dikenang sepanjang zaman.

Sumayyah binti Khayyath adalah seorang h4mba sahaya milik Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah. Oleh tuannya, ia dikahwinkan dengan seorang lelaki asal Yaman yang bernama Yasir bin Amir yang merupakan perantau di kota Makkah.

sumayyah

Kerana banyak mendapat halangan, Yasir meminta perlindungan kepada Abu Hudzaifah yang merupakan kepala suku Bani Makhzum.

Hasil perkahwinannya dengan Yasir bin Amir, Sumayyah dikurniai anak lelaki yang diberi nama Ammar bin Yasir. Melalui anak lelakinya inilah, pasangan Yasir dan Sumayyah mengenali agama Islam.

Suatu hari, Ammar yang mula menginjak usia remaja mendengar khabar tentang kedatangan nabi baru yang membawa ajaran Tuhan. la pun segera mencari dan ingin membuktikan khabar tersebut.

Sebaik sahaja mengenali Rasulullah s.a.w., Ammar pun terus jatuh hati dan langsung mengucapkan ikrar syahadatnya. Mendapat khabar gembira, Ammar segera menceritakan kepada ayah bundanya.

Berbeza dengan kebanyakan orang Quraisy yang anti bahkan memu,suhi Islam, Yasir dan Sumayyah justeru menyambut gembira khabar gembira ini. Bahkan mereka kemudian mengikuti jejak Ammar untuk bersyahadat dan menjadi Muslim dan Muslimah.

Keislamanan yang awalnya disembunyikan akhirnya diketahui juga. Mendengar cerita bahawa keluargaYassir ini memeluk agama Islam menimbulkan kemar4han Abu Hudzaifah.

la memaksa supaya keluarga ini meninggalkan Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka yang meny3mbah latta dan uzza.

Namun ketiganya berkeras mempertahankan keyakinan mereka.

Seperti yang dialami oleh golongan awal yang memeluk Islam, Yasir, Sumayyah, dan Ammar mengalami banyak sekali halangan dan cubaan.

Hal ini ditambah lagi kerana status keluarga mereka yang bukan daripada kalangan bangsawan Quraisy.

Akibatnya penderita4n yang mereka alami keterlaluan dan mereka dis3ksa dengan kej4m mel4mpaui batasan kemanusiaan.

Orang yang paling kej4m meny3ksa mereka adalah orang-orang yang selama ini melindunginya iaitu daripada kalangan Bani Makhzum yang dipimpin Abu Hudzaifah.

Sumayyah yang merupakan seorang wanita, dihumb4n ke atas pasir, lalu tubuhnya dit1mbus dengan pasir yang sangat pan4s.

Seakan belum puas hati, dada Sumayyah kemudiannya dih1mpit dengan batu besar supaya ia tidak dapat bernafas

Lalu mereka memaksa Sumayyah untuk mengimani berh4la-berh4la nenek moyang mereka.

Namun wanita solehah ini tetap bertahan dengan keyakinannya kerana ingat janji Allah SWT bagi hamba-Nya yang bertakwa, iaitu syurga.

Yasir, Sumayyah, dan Ammar terus mendapatkan s3k,saan yang sedemikian k3ji.

Mereka dider4, dic4mbuk, disal1b di padang pasir yang terik, dit1ndih dengan batu pan4s, dibak4r dengan besi pan4s, bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga ses4k nafasnya dan menggelup4s kulitnya yang penuh dengan luk4.

Suatu hari ketika Ammar sudah tidak mampu untuk menanggung peny3ksaan, ia kemudian mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya.

Rasul yang setiap hari datang memberikan sokongan lantas berseru, “Sabarlah, wahai keluarga Yasir. Tempat yang dijanjikan bagi kalian adalah syurga.”

Sekalipun berat s3k,saan yang diterima, namun ketiganya tetap mempertahankan keislamannya.

Ketika berada dalam keadaan sedar, tidak ada satu pun kalimat yang terlontar dari mulut ketiganya kecuali kalimat “Ahad..Ahad..” seperti yang dilontarkan Bilal bin Rabah.

Hal ini semakin meningkatkan amar4h orang Quraisy kerana gagal melunturkan keimanan mereka.

Hingga suatu ketika, orang Quraisy berasa putus asa dengan keteguhan iman ketiganya, mereka memutuskan membu,nuh Sumayyah.

Adalah Abu Jahal yang melaksanakan perbuatan k3ji tersebut. Dengan t0mbaknya yang runcing, Abu Jahal menjadikan Sumayyah mujahidah pertama yang gugur di jalan Allah apabila t0mbak tersebut menembusi d4da Sumayyah.

sumayyah

Menjelang wafatnya, tidak sedetik pun Sumayyah menggadaikan keimanannya. Sumayyah binti Khayyath simbol ketabahan hati, kekuatan iman, dan ketangguhan jiwa seorang mujahidah.

la rela mengorbankan segala-galanya, termasuk jiwa dan raganya demi Islam.

Sumayyah binti Khayyath syahid dengan meninggalkan teladan yang luar biasa.

Tidak hairan ia menjadi wanita yang sangat mulia dengan keberanian dan ketabahannya.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman” sedang mereka tidak diuji lagi?” (Surah Al Ankabut, ayat 2).

Mashallah, semoga kita mendapat kekuatan iman seperti srikandi islam yang hebat ini, iaitu SUMAYYAH!

SUMBER: CAHAYAPURNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

#TAULADAN

DOA DALAM DIAM

Published

on

By

Kekuatan Doa sangat luar biasa. Bagi yang tidak percaya pada kehebatan doa, cubalah doakan seseorang dalam diam. Kita akan lihat kesannya.

DOA DALAM DIAM – IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-108: DOA SEORANG SAHABAT KEPADA SAHABATNYA

Doa merupakan senjata bagi orang Muslim. Ramai dari kita yang sering berhajat sesuatu kepada Allah namun masalah yang kita hadapi terlalu lama kita tanggung. Memang benar, ujian yang lebih panjang ada kelebihannya iaitu banyak pelajaran yang kita dapat, kita lebih matang dan kedepannya kita lebih kritis dalam menangani dan menyelesaikan sesuatu masalah secara tenang.

Namun, sesetengah daripada kita, apabila ujian menimpa terlalu lama, kita malah menjadi kurang percaya pada sebuah doa dan pertolongan daripada Allah. Ia menyebabkan iman kita goyah dan dikhuatiri syaitan lebih mudah menghayutkan kita ke jalan kesesatan. Na’udzubillahimindzalik !

Oleh yang demikian, salah satu cara agar doa kita mudah diqabulkan dengan cepat adalah dengan mendoakan orang lain dalam diam. Semoga persoalan dan jawapan di bawah dapat memberikan kita intipati dan jalan keluar daripada masalah.

Soalan: Apakah sahih hadith berdoa kepada sahabat tanpa pengetahuannya adalah mustajab?

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berdasarkan soalan di atas, doa merupakan satu anugerah yang sangat istimewa dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita sebagai hamba-Nya. Sebelum kami menjawab persoalan di atas, di sini kami ingin nyatakan makna doa terlebih dahulu.

Menurut Imam al-Khattabi, makna doa adalah pemohonan  hamba kepada Tuhannya dengan mengharapkan  pertolongan-Nya dan juga bantuan daripada-Nya. [Lihat: Sya’n al-Du’a, 1/4]

Selain itu, Allah SWT sangat suka hamba-hamba-Nya berdoa kepada-Nya sebagaimana yang disebut di dalam nas-nas ilahi. Antaranya, Firman Allah SWT:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul”. [al-Baqarah:186]

Berkaitan soalan di atas, hadith berkaitan doa kepada sahabatnya tanpa pengetahuannya adalah mustajab adalah hadith yang sahih sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Muslim di dalam kitabnya (Sahih Muslim).

 

Matan Hadith

Daripada Abi Darda’ RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ، إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ: وَلَكَ بِمِثْلٍ

Maksudnya: “Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan)”. [Riwayat Muslim (4912)]

Daripada Safwan bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ، عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ، قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Maksudnya: “Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”. [Riwayat Muslim (4914)]

 

Makna Hadith

Adapun yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dengan “ظهر الغيب” adalah ketika orang yang didoakan itu tiada ataupun berdoa kepadanya secara diam-diam (tanpa pengetahuannya). Ini kerana, dengan cara itu akan menimbulkan atau meningkat tahap keikhlasan kita ketika berdoa. Selain itu, yang dimaksudkan dengan “مثل”  adalah seperti yang didoakannya. Tambahan pula, ini menunjukkan akan kelebihan berdoa kepada saudaranya muslim secara diam atau sembunyi. Walaupun yang didoakan itu adalah sekumpulan kaum muslimin maka dia akan memperoleh kelebihan ini (kemustajaban doa). Jika yang didoakan itu adalah sebahagian daripada kaum muslimin, zahirnya dia juga mendapat kelebihan ini. (iaitu Allah SWT memakbulkan doanya). Disebabkan itu, sebahagian salaf, jika mereka ingin mendoakan kepada dirinya, mereka akan berdoa kepada saudaranya muslim secara sembunyi kerana ia adalah mustajab dan mereka akan memperolehi yang sama seperti yang didoakan itu. [Lihat: al-Minhaj Syarh Muslim, 17/49]

Fiqh al-Hadith

Antara fiqh al-Hadith yang boleh diambil daripada hadith ini adalah:

  • Islam sangat menggalakkan setiap umatnya agar sentiasa berdoa kepada saudaranya.
  • Kita dituntut untuk mendoakan perkara-perkara kebaikan kepada saudara kita.
  • Doa seorang hamba tanpa pengetahuan saudaranya adalah mustajab di sisi Allah SWT.
  • Setiap apa yang kita doakan, Allah SWT juga akan mengurniakan kepada kita sama seperti yang kita doakan.

 

Penutup

Kesimpulannya, marilah sama-sama kita berdoa kepada sahabat atau saudara kita dalam setiap doa yang kita panjatkan kepada Allah SWT. Ini kerana, doa memiliki kuasa atau kelebihannya yang tersendiri dan Allah SWT pasti akan memakbulkan setiap permintaan hamba-Nya tapi dengan cara yang berlainan. Akhirnya, semoga Allah SWT memakbulkan setiap doa kita serta menggolongkan kita daripada kalangan hamba-Nya yang menerima taufik dan hidayah-Nya. Amin,

Wallahua’lam

SUMBER : Muftiwp.Gov.My

Continue Reading

#SEMASA

LELAKI M4BUK TERJUMPA DIRINYA SENDIRI

Published

on

By

Seorang lelaki mabuk menghabiskan masa berjam-jam lamanya menyertai misi pencarian orang hilang bersama pasukan penyelamat.

Lelaki M4buk Bantu Polis Cari Orang H1lang, Rupanya Yang H1lang Itu Dirinya Sendiri

                                                                                           Gambar Sekadar Hiasan

Seorang lelaki mabuk menghabiskan masa berjam-jam lamanya menyertai misi pencarian orang hilang bersama pasukan penyelamat.

Bagaimanapun, dia langsung tidak sedar bahawa orang hilang yang dicarinya itu sebenarnya adalah dirinya sendiri.

Beyhan Mutlu dari Inegol, Turki sebelum itu mengembara di hutan bersama rakan-rakannya dan didakwa turut minum minuman beralk0hol hingga mabuk.

Namun menurut Daily Mail, isterinya mendakwa cuba menghubunginya berkali-kali tapi gagal, lalu terus membuat lap0ran polis tentang ‘kehilangannya’.

Lantas pihak p0lis bersama pasukan penyelamat dan sukarelawan segera ke hutan berkenaan bagi melakukan 0perasi pencarian Beyhan yang dikatakan hilang itu.

Dalam masa sama, Beyhan bersama rakan-rakannya yang mabuk ketika itu menyedari kehadiran pasukan penyelamat tersebut, lantas turut menyertai mereka bagi membantu pencarian ‘orang hilang’ terbabit.

Bagaimanapun ketika salah seorang penyelamat melaungkan nama ‘Beyhan Mutlu’ dengan kuat sewaktu mencari, Beyhan yang sedang mabuk terus menjawab “Saya di sini!”.

Sekelip mata, ‘orang hilang’ itu telah dijumpai dan misi pencarian akhirnya selesai.

Beyhan kemudiannya diminta untuk beri keterangan kepada polis mengenai ‘kehilangannya’ yang telah membimbangkan keluarganya.

Namun Beyhan merayu kepada p0lis, “Jangan hkum saya te.ruk-te.ruk, tuan. Ayah saya akan bnuh saya,”

Pihak p0lis menghantarnya pulang ke rumah selepas itu dan lanjutan kes ‘kehilangan’ tersebut tidak dikenal pasti setakat ini.

SUMBER : BorneoDailyBuletin

Continue Reading

#SEMASA

ANTANOM ANAK RIMBA BORNEO (SABAH) BERJIWA BESAR !

Published

on

By

Orang sabah kena bangga kerana memilki pahlawan berjiwa besar iaitu ANTANOM ! Tidak ramai dari kita yang memilki sifat mulia sepertinya.

ANTANOM ANAK RIMBA BORNEO (SABAH) BERJIWA BESAR !

ANTANOM merupakan anak kelahiran sabah yang memilki sifat yang sangat terpuji kerana dia memiliki jiwa yang sangat besar ! Orang sabah kena bangga kerana memilki pahlawan berjiwa besar iaitu ANTANOM ! Tidak ramai dari kita yang memilki sifat mulia sepertinya.

Mungkin sudah ramai yang lupa pada sejarah pahlawan sabah ini. Untuk mengembalikan semula semangat memperjuangkan kemajuan dan perubahan sabah, jom kita kenali semula latar belakang pahlawan yang hebat ini !

 

a) Latar belakang

  •  Nama sebenar Ontoros anak lelai Antanom
  •  Ketua kaum Murut di Rundum
  •  Dilahirkan pada tahun 1875
  •  Ketika beliau berusia 30 tahun Antanom telah memimpin orang Murut menentang SBUB yang menindas kaumnya

(b) Faktor Penentangan

(i) Melarang Membuka Tanah Baru
– SBUB melarang mereka membuka tanah baru
– Merasakan hak mereka diceroboh
– Akibatnya mereka kekurangan beras

(ii) Mengenakan Cukai Yang Membebankan
– Cukai kepala satu dolar setiap orang
– Cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen setiap ekar
– Cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25 sen
– Cukai tangkapan ikan besar
– Cukai memelihara anjing sebanyak satu dolar seekor

(iii) Menjadi Buruh Paksa
– Orang Murut dijadikan buruh paksa
– Tujuan untuk membina jalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum

(iv) Menzalimi Keluarga
– Suami isteri kaum Murut dikehendaki tinggal berasingan di sebelah menyebelah tebing sungai
– Mereka dikenakan satu dolar setiap kali berkunjung
– Jika mereka mempunyai dua orang anak, salah seorang akan diambil SBUB untuk dijadikan buruh paksa

(v) Menceroboh Kawasan Hutan
– SBUB menceroboh hutan untuk membina jalan
– Kaum Murut membantah kerana mengikut kepercayaan mereka pencerobohan akan mengganggu roh nenek moyang mereka

© Peristiwa Penentangan

ORANG KITA sabah sarawak -OKss - Sejarah Aki Antanom, Pahlawan besar Murut  yang bertanggungjawap mendirikan "Negeri Murut" di Selatan Sabah, North  Borneo. Siapakah Antanom? Antanom atau nama sebenarnya Ontoros bin Antanom  dilahirkan
– Antanom menyatukan orang Murut menentang SBUB dmi menebus maruah mereka
– Februari 1915 Antanom menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan
– Mac 1915 Antanom memimpin kira-kira 600 orang Murut menyerang Rundum dan berjaya memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB
– Kejayaan itu menaikkan semangat perjuangan orang Murut dan pengikut Antanom   bertambah menjadi 900 orang
– Antanom membina kubu pertahanan di Sungai Selangit yang mengandungi 7 buah rumah bawah tanah
– April 1915 SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang kubu Antanom
– Pertempuran berlaku selama 6 minggu
– Antanom dan 400 orang Murut terkorban dalam mempertahankan Rundum
– Penentangan ini dikenali sebagai ‘Kebangkitan Rundum’

(d) Kesan Penentangan

Terseksa jadi buruh paksa tentera Jepun | Sinar Harian

                                                                                 Sekadar gambar hiasan 

SBUB mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut Antanom
– 8 orang kanan Antanom dibuang daerah ke Kudat
– Pengikut-pengikut yang lain menjadi buruh paksa memasang kawat telegraf dari Kimanis hingga ke Keningau
SBUB mengarahkan orang Murut bersumpah taat setia bagi mengelakkan kebangkitan seterusnya
– Orang Murut berpindah ke pedalaman Kalimantan sebagai tanda protes terhadap SBUB

SUMBER : https://tokohtokohpejuangsabah.tumblr.com/post/107608128228/antanom-pahlawan-anak-rimba-berjiwa-besar / Tokoh tokoh pejuang sabah

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Nz digital Family