Connect with us

Isu semasa

“Selalu Isi Minyak RM1.50, Hari Ini Isi 60 Sen Ja”, Allahuakbar..Sungguh Tegah Ujian Pakcik ni

Published

on

“Selalu Isi Minyak RM1.50, Hari Ini Isi 60 Sen Ja”, Allahuakbar..Sungguh Tegah Ujian Pakcik ni

Setiap manusia tidak akan lari daripada diuji dengan pelbagai duga an yang mendatang, ada yang diuji dengan kesem pitan hidup, kehi langan individu yang tersayang dan banyak lagi. Namun, sebagai hambaNya kita perlu akur dengan setiap perancangan Allah S.W.T.

Isi minyak 64 sen sahaja

Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook, dikenali sebagai Geehan’s Nurjehan menjadi saksi seorang warga emas yang hanya mengisi minyak dengan harga RM0.60 sen sahaja. Susulan daripada itu, wanita ini meminta suaminya untuk bertanyakan khabar kepada warga emas ini.

Allahuakbar, kami nak isi minyak depan kami pakcik ni. Tengok-tengok dia isi minyak 64sen ja. Ya Allah…Ya Allah…sebaknya. Cepat-cepat mintak suami turun tanyakan pakcik ni punya khabar.

Mengulas lebih lanjut, warga emas ini menceritakan selalunya dia hanya mengisi minyak sebanyak RM1.50 sahaja bagi menampung keperluan motosikalnya. Apa yang lebih meruntun hati apabila warga emas ini menceritakan dia sedang mencari kerja dan menjelaskan boleh bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Pakcik ni kata selalu die isi RM1.50 je. Kalau kita rasa su sah ada lagi orang su sah daripada kita. Insaff pada kita 60sen macam tak ada nilai. Tapi untuk pakcik ini sangat bernilai.

Yang paling kami sentap dia kata pakcik doa nak m4ti je dik. Pakcik nak cari kerja…kerja guard je boleh.

Semoga dimurahkan rezeki!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan na sib yang menimpa warga emas ini dan mendoakan supaya dia terus dimurahkan rezeki.

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share yah..Terima Kasih!

Sumber:ohbulan.com

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hiburan

Hanya guna Kurma daging Tin adabi.

Published

on

By

Untuk mak-mak yang bekerja, bolehlah simpan daging kurma tin adabi banyak-banyak. Mak-mak tak perlu risau dah nak tunggu daging beku lembik. Hanya menggunakan kurma daging tin sahaja boleh menghasilkan makanan tengah hari yang sangat istimewa. Mesti anak-anak makan dengan berselera selepas balik daripada sekolah.

Resepi Nasi Daging Paling Ekspres & Viral, Guna Kurma Tin Adabi Je!

Untuk mak-mak yang bekerja, bolehlah simpan daging kurma tin adabi banyak-banyak. Mak-mak tak perlu risau dah nak tunggu daging beku lembik. Hanya menggunakan kurma daging tin sahaja boleh menghasilkan makanan tengah hari yang sangat istimewa. Mesti anak-anak makan dengan berselera selepas balik daripada sekolah.

RESEPI NASI DAGING Ketika kita masih lagi dalam ‘mood’ perayaan Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti masih ramai dalam kalangan kita yang masih menerima kunjungan tetamu di rumah bukan? Dah bosan asyik sajikan ketupat, lemang dan rendang sahaja, apa kata anda sajikan pula menu nasi daging untuk mereka yang datang.

Susah nak masak?

Jangan risau, berikut merupakan perkongsian resepi nasi daging paling ekspres dan viral hanya menggunakan kurma dalam tin sahaja. Memang padu!

RESEPI NASI DAGING ADABI VIRAL

Tumis tomato yang didadu

-Tumis la sekali tiga sekawan

-Bawang besar,cabai hijau

-Tumis dengan planta,wangi

-Pastu tuang la kurma Daging Adabi ni

resepi nasi daging

1.Lepas tu ampa tuang la kuah ni dalam beras, kami tambah garam dengan kiub ayam dan daging rebus dalam ni..dan masaklah macam biasa.

2.Ni kami masak dua pot beras basmati bersamaan 3 pot air dan satu tin KURMA DAGING ADABI. Ni cara rajin sikit..agak malas ampa takyah tumis apa apa pun, tuang satu tin kurma daging ni dalam beras.

3.Konsep dia sama ja macam masak beriani kambing Adabi..yang pasti semua jenis lauk tin Adabi sedap!

Untuk air asam tu saya selalu buat gini ja:

Potong nipis tomato dan bawang besar

-Pastu masukkan sambal belacan

-Pastu campur sikit air asam jawa Adabi dan belacan sikit, letak garam sikit dan sos tomato sikit. Gaul semua sekali.

-Kalau takda sambal belacan, ampa potong cabai melaka.

Siap!

Sumber: Hidayah Terbilang, Sirap Limau

Continue Reading

Hiburan

DESSERT TERENAK DAN MUDAH !

Published

on

By

Kalau dihidangkan pemanis mulut/desert sejuk di depan kita, berebut, cepat habis. Lagi-lagi masa musim panas atau ketika berbuka puasa. Nikmatnya ketika suapan pertama melalui tekak tu hingga tak ingat orang kiri kanan. Antara desert yang sedap dan digemari ramai adalah pudding tiramisu. Resepi kali ini dikongsikan oleh Puan Norliza Bahari. Berikut caranya.

Resepi Puding Tiramisu Paling Senang, Guna Biskut Marie Perisa Kopi Je.

Kalau dihidangkan pemanis mulut/desert sejuk di depan kita, berebut, cepat habis. Lagi-lagi masa musim panas atau ketika berbuka puasa. Nikmatnya ketika suapan pertama melalui tekak tu hingga tak ingat orang kiri kanan.

Antara desert yang sedap dan digemari ramai adalah pudding tiramisu. Resepi kali ini dikongsikan oleh Puan Norliza Bahari. Berikut caranya.

Resepi Puding Tiramisu

Cuti cuti sekolah memang wajib la kena buat. Insya Allah rasa dia sedang sedang je tak manis sangat. Makan time sejuk sejuk ya Allah, mabelles sungguh. Kali ni Kak Liza bagi resepi yang paling mudah. Banyak kali dah buat guna resepi ni. Alhamdulillah anak anak & customer suka.

Bahan-Bahan

  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu sejat @ cair
  • 5 tin air (guna bekas tin susu tadi untuk sukat air)
  • 11 sudu makan tepung kastad (sudu penuh membukit)
  • Biskut Marie (nak sedap cari yang perisa kopi)
  • Milo secukupnya

Cara-Caranya

[1] Masukkan susu sejat, susu pekat, air dan tepung kastad ke dalam periuk. Kacau bagi sebati.

[2] Kemudian baru buka api sederhana. Kacau sampai pekat dan bekilat. Tutup api.

[3] Masukkan kedalam loyang/bekas secara berlapis. Mula dengan kastad, kemudian biskut kemudian tabur milo. Setelah itu ulang lagi kastad, biskut, Milo sampai last biar tinggal kastad ja.

[4] Selepas itu kisar kasar sedikit biskut dengan milo kemudian tabur untuk yang paling atas.

[5] Siap! Masukkan dalam peti ais. Dah sejuk boleh makan.

Selamat mencuba.

Sumber : Harmagidun, Norliza Bahari 

Continue Reading

Isu semasa

Viral ! Resipi mee rojak ayam !

Published

on

By

Pelbagai resipi masakan mee rojak yang dicipta. Sesetengah orang mereka suka menggunakan lauk ayam dan sesetengah pula suka menggunakan daging ataupun tahu. Sajian ini sangat popular di sabah. Namun kita mungkin dapat membezakan rasa masakan di setiap daerah. Boleh jadi kerana bahan kuah kacang yang berbeza digunakan. Apa pun itu, sajian ini sangat sedap!

Resepi Kuah Mee Rojak Ayam

Bahan Untuk Kuah:

1 cawan kacang tanah (goreng dulu dan kisar)
1 senduk @ 1/2 cawan cili kisar
6 keping biskut marie (kisar sampai hancur)
1 labu bawang merah besar (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (sebesar ibu jari, kisar)
3sdb gula (secukup rasa)
2sd garam (secukup rasa)
1sd gula merah (secukup rasa)
500ml air (secukupnya)
Air asam jawa

** kuah rojak ni mesti manis, tak cair sangat, tak pekat sangat

Bahan Sampingan Lain:

Ayam goreng
Cucur udang @ cekodok
Timun
Sengkuang
Taugeh
Tauhu goreng
Cili hijau besar
Telur ayam rebus
** semua bahan ni dihiris dan dipotong
Mee

Cara Buat Kuahnya:

1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan. Bila minyak dah timbul baru masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.

2. Selepas itu masukkan kacang yang dikisar, biskut marie yang dikisar. Tuang sedikit air, bagi dia agak-agak cair.

3. Lepas tu, biarkan dia mendidih, kacau sehingga semuanya sebati, baru masukkan garam, gula dan gula merah.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Nasi Mentega Dengan Ayam Goreng Krispi

4. Biarkan seketika kuah dah pekat sikit, masukkan sedikit air asam jawa. Bila sambal dan kacang dah masak, rasa dah ckup boleh tutup api.

SUMBER : Tengku RosElyza Raja Muhammad – Group MAHN, Resepi bonda

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Nz digital Family