Resepi Kuih Seri Muka Sedap Berlemak, Topping Lembut Dan Texture Licin
Seri muka merupakan antara kuih wajib yang menjadi pilihan ketika mengadakan apa-apa acara sebagai pemanis mulut.
Berikut merupakan resepi kuih seri muka istimewa yang dikongsikan oleh seorang pengguna social media Facebook di Page Masak Apa Hari Ini ( MAHN ). Ikuti perkongsiannya :
Resepi kuih seri muka , resepi mak Mr.Ali ( edisi topping lembut)
Harap hampa sudi la send ♥ dekat mak saya..
Jom study! InsyaAllah sy guide supaya hampa senang faham naa..
LOYANG PETAK 8 INCI ( lapik plastik)
Bahan-bahan :
– 4 cawan beras pulut
– 2 cawan santan cair
– 4 cawan santan pekat + 2 sudu teh garam
( Dah masukkan garam terus asingkan : 2 cawan untuk pulut, 2 cawan untuk topping)
– 5-6 helai daun pandan
– 2 biji telur gred A
– 1 cawan gula
-1 cawan tepung gandum.
Cara- Cara :
BAHAGIAN PULUT
– 4 cawan beras pulut ( dibasuh) . Dah selesai basuh rendamkan dengan 2 cawan santan cair selama 30 minit
– Selepas 30 minit rendam, simpulkan daun pandan dan kukus selama 30 minit .
BAHAGIAN TOPPING
– Kisar halus 5-6 helai daun pandan + 1 cawan air. Dah kisar sila tapis (akan dapat lebih kurang 2 cawan air pandan.) Ketepikan..
– Seterusnya masukkan 2 biji telur gred A, kacau sekejap dan masukkan:
1 cawan gula,
1 cawan tepung gandum
2 cawan air pandan yang kita buat tadi .
2 cawan santan pekat
–
Kacau bahan2 diatas ni sebati. Dah sebati masukkan 1 sudu kecil pewarna hijau & 1 sudu kecil pewarna kuning.
Kacau sebati. Ketepikan..
– Ok pulut tadi selepas kuku 30 minit masukkan 2 cawan santan pekat tadi ( baca balik bahagian bahan-bahan. Santan pekat dah diasingkan selepas ditambah garam)
– Ratakan santan tadi dan sambung kukus lagi 10 minit.
– Sementara itu ambil topping dah siap tadi tapis dan masakkan atas 4pi perlahan sampai berwap atau ade sedikit gumpalan. Anggaran atas api hanyalah 2 minit. Ingat 4pi perlahan. Ini untuk dapat texture licin dan cantik atas topping. (Tips)
– Off api dan tuangkan keatas pulut tadi. Sambung kukus selama 30-40 minit sehingga masak. Api perlahan. Kalau 4pi kuat topping akan jadi berkedut. (Tips)
Balut penutup dengan kain agar wap tak jatuh atas topping tadi..
– Dah masak sila sejukkan dulu selama 20 minit dan masukkan dalam peti selama 30 minit lagi dan pot0ng ikut kreativiti hampa.
– P0tong pakai pisau plastik dan layangkan atas toping perlahan-lahan baru p0tong. Jangan p0tong panas-panas satgi tak cantik.
Selamat mencuba semua! ♥
Sumber : Mr.Ali via Page Masak Apa Hari Ini (MAHN) , HARMAGIDUN