Penantian 7 tahun kehilangan MH370 akhirnya ditemui, Jurutera Dari Britain Ini Dedah Lokasi Sebenar MH370 Terhempas
LONDON: Kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, merupakan salah satu misteri penerbangan terbesar di dunia. BBC melaporkan, bagaimanapun seorang jurutera aeronautik Britain, yang telah menghabiskan lebih setahun ‘menyiasat’ bencana itu berpendapat, beliau telah ‘mengira’ kedudukan MH370 dilaporkan ‘terhempas’.
Richard Godfrey percaya pesawat Boeing 777 itu terhempas ke Lautan Hindi, 2,000 kilometer barat Perth, bahagian Australia Barat.Pesawat itu hilang daripada radar semasa penerbangan pada Mac 2014.
Godfrey memberitahu BBC, beliau berharap akan dapat memberikan ‘kesimpulan’ dan jawapan mengenai apa yang berlaku terhadap MH370 dan bagaimana peristiwa sama dapat dihalang pada masa depan.Beliau menggabungkan set data berbeza yang sebelum ini disimpan dalam domain berasingan, untuk menjajarkan ke lokasi baharu itu di Lautan Hindi Selatan.
“Tiada siapa yang mempunyai idea sebelum ini untuk menggabungkan data satelit Inmarsat, dengan data prestasi Boeing, dengan data hanyut serpihan terapung serta data WSPR,” katanya.
VIDEO:-
VIDEO2:-
Kronologi Peristiwa Kehilangan Pesawat MH370
KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, yang masuk hari ke-13 pada Jumaat, mungkin terungkai tidak lama lagi.Petunjuk terbaharu ialah dua objek yang dikesan menerusi imej satelit Australia di bahagian selatan Lautan Hindi, dilaporkan mungkin serpihan pesawat yang hilang pada 8 Mac bersama-sama 239 orang di dalamnya.
Berikut kronologi insiden kehilangan MH370:
* 8 Mac – Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.
* 8 Mac – Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.
* 8 Mac – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi melibatkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
* 8 Mac – Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).
* 9 Mac – Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.
* 9 Mac – Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370.
* 10 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.
* 10 Mac – APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo.
* 11 Mac – Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29. Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.
* 12 Mac – Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat. Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat. Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.
* 13 Mac – Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.
* 13 Mac – China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.
* 14 Mac – Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.
* 14 Mac – Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.
* 15 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi. Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan.
* 16 Mac – Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.
* 16 Mac – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.
* 16 Mac – Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.
* 17 Mac – Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.
* 18 Mac – Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.
* 19 Mac – Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.
* 20 Mac – Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang.
Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth. Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370.
Untuk mak-mak yang bekerja, bolehlah simpan daging kurma tin adabi banyak-banyak. Mak-mak tak perlu risau dah nak tunggu daging beku lembik. Hanya menggunakan kurma daging tin sahaja boleh menghasilkan makanan tengah hari yang sangat istimewa. Mesti anak-anak makan dengan berselera selepas balik daripada sekolah.
Resepi Nasi Daging Paling Ekspres & Viral, Guna Kurma Tin Adabi Je!
Untuk mak-mak yang bekerja, bolehlah simpan daging kurma tin adabi banyak-banyak. Mak-mak tak perlu risau dah nak tunggu daging beku lembik. Hanya menggunakan kurma daging tin sahaja boleh menghasilkan makanan tengah hari yang sangat istimewa. Mesti anak-anak makan dengan berselera selepas balik daripada sekolah.
RESEPI NASI DAGING Ketika kita masih lagi dalam ‘mood’ perayaan Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti masih ramai dalam kalangan kita yang masih menerima kunjungan tetamu di rumah bukan? Dah bosan asyik sajikan ketupat, lemang dan rendang sahaja, apa kata anda sajikan pula menu nasi daging untuk mereka yang datang.
Susah nak masak?
Jangan risau, berikut merupakan perkongsian resepi nasi daging paling ekspres dan viral hanya menggunakan kurma dalam tin sahaja. Memang padu!
RESEPI NASI DAGING ADABI VIRAL
–Tumis tomato yang didadu
-Tumis la sekali tiga sekawan
-Bawang besar,cabai hijau
-Tumis dengan planta,wangi
-Pastu tuang la kurma Daging Adabi ni
1.Lepas tu ampa tuang la kuah ni dalam beras, kami tambah garam dengan kiub ayam dan daging rebus dalam ni..dan masaklah macam biasa.
2.Ni kami masak dua pot beras basmati bersamaan 3 pot air dan satu tin KURMA DAGING ADABI. Ni cara rajin sikit..agak malas ampa takyah tumis apa apa pun, tuang satu tin kurma daging ni dalam beras.
3.Konsep dia sama ja macam masak beriani kambing Adabi..yang pasti semua jenis lauk tin Adabi sedap!
Untuk air asam tu saya selalu buat gini ja:
–Potong nipis tomato dan bawang besar
-Pastu masukkan sambal belacan
-Pastu campur sikit air asam jawa Adabi dan belacan sikit, letak garam sikit dan sos tomato sikit. Gaul semua sekali.
Bila nak masuk je bulan puasa ni, menu bubur lambuk memang dicari. Bagi warga kota KL, ada yang sanggup yang sanggup beratur panjang kat Masjid Kampung Baru yang cukup terkenal dengan bubuk lambuknya yang sedap, dan yang bestnya percuma pulak tu.
Menu Popular Ramadan, Bubur Lambuk Versi Ringkas! Tapi Rasanya Ummph…
Bubur Lambuk Versi Simple Tapi Sedap
Bila nak masuk je bulan puasa ni, menu bubur lambuk memang dicari. Bagi warga kota KL, ada yang sanggup yang sanggup beratur panjang kat Masjid Kampung Baru yang cukup terkenal dengan bubuk lambuknya yang sedap, dan yang bestnya percuma pulak tu.
Bubur lambuk ni resipinya ada macam-macam versi . Jika di Terengganu banyak sayur ulam di dalamnya tetapi di Selangor dan KL ni bubur lambuk daging dan ayam lebih popular. Nak-nak kalau guna daging tetel memang terangkat lah rasanya.Ada macam-macam resipi, tapi Min rasa ni lebih mudah dan gerenti jadi.
Resipi perkongsian dari Jamal dan Asmahan via Fb MAHN (Masak Apa Hari Ini).
BUBUR LAMBUK
Bahan-bahan :
2 mug beras | rendam dalam 20 minit
1/2kg daging | campur yang berlemak (daging tetel)
1 bungkus kecil rempah sup
250ml santan
3 sudu makan lada hitam
3 biji bawang merah | dikisar
8 ulas bawang putih | dikisar
1.5sm halia | dikisar
1kiub pati kiub lembu | jika suka
Kentang secukupnya | dipotong kiub
Lobak merah | dipotong kiub
Daun sup | untuk ditabur
Bawang goreng | untuk ditabur
Cara Memasak :
Pijarkan minyak dan tumis bawang-bawang dan halia hingga agak garing.
Masukkan rempah sup, tumis hingga naik minyak dan masak.
Masukkan daging, gaul sebati dan masukkan beras.
Gorengkan beras seketika, dan masukkan air
Rebus beras sehingga nampak lembut.
Masukkan santan dan garam secukup rasa.
Masukkan lada hitam dan pati kiub lembu,Masukkan juga kentang dan lobak merah.
Bila sayur dah lembut, taburkan daun sup dan bawang goreng.
Siap untuk dihidang.
Mudah dimasak, semua pun masuk dalam satu periuk aje. Boleh ulang makan banyak kali. Kalau beli tapi ‘umat’ kat rumah tu ramai mana puas makan sekali aje kan. Jadi selamat mencuba, try sekarang nanti puasa boleh buat lagi.
Almond coklat ini kebiasaannya disajikan waktu hari raya. Namun kini, coklat almond ini juga dijadikan sebagai pemanis mulut/dessert harian.
2 BAHAN INI MENGHASILKAN ALMOND COKLAT YANG SANGAT SEDAP!!
Almond coklat ini kebiasaannya disajikan waktu hari raya. Namun kini, coklat almond ini juga dijadikan sebagai pemanis mulut/dessert harian. Rupanya cara pembuatannya semudah ABC gais !
Almond Coklat Cuma Guna 2 Bahan, Memang Ketagih! Nak Almond Kekal Rangup, Ikut Tips Ni..
Almond Coklat, Rangupnya Memang Boleh Habis Sebalang. Kudapan almond bersalut coklat ni memang berhantu betul! Sekali dah start mengunyag, memang susah nak berhenti. Ralit makan,krup krap dalam mulut. Rangup sungguh!
Buat banyak-banyak boleh simpan dalam balang. Sambil menonton , sambil makan almond coklat ni.
Nak hiding ganti biskut Raya nanti pun boleh.
RESEPI ALMOND COKLAT 2 BAHAN
Bahan-Bahan:
400g almond
6 pek coklat Cadbury dairy milk ( boleh guna apa-apa coklat kegemaran anda )
Cara-Cara Membuatnya:
Goreng almond tanpa minyak. Api sederhana ye. Rajin- rajin dikacau supaya almond tak hangit dan masak sekata.
Selepas digoreng kemudian masukkan dalam oven pula. Suhu 150 untuk 20 minit. Ini pun rajin buka pintu dan kacau supaya ranggup sebati.
Siap dah.
Rasalah. Rangup sungguh! Tak berhenti makan sebab almond ni. Tapi jangan habiskan sudah. Tak jadi almond coklat kita nanti.
Guna 6 pack untuk 400 gram almond tadi.
Letak dalam mangkuk yang tahan panas.Wapkan. Bawah periuk letak air yang sedang mendidih. Kacau coklat sampai cair. ( guna kaedah double boil ye )
Dah cair begini letak tepi dalam 15 minit. Tunggu dia sejuk.
Dah sejuk coklat tadi masukkan almond. Bila sejuk masuk almond yang dah bakar tadi.