Connect with us

#TAULADAN

Kisah Bilal Bin Rabah Sahabat Nabi yang dipakaikan sehelai baju besi, dijemur tengah padang pasir dengan kakinya dir4ntai!

Published

on

BILAL

Bilal bin Rabah adalah seorang lagi tokoh sahabat Rasulullah S.A.W. yang kedua pentingnya dalam menegakkan syiar Islam.

Kisah ataupun riwayat hidupnya sebelum dan sesudah memeluk agama Islam adalah merupakan suatu kisah yang amat memilukan bagi kaum muslimin yang mengetahui.

Bilal bin Rabah pada asalnya adalah seorang hamba kepada sahabat karib Abu Jahal yang bernama Umaiyah bin Khalaf.

BILAL

Menurut riwayat, setelah Umaiyah mengetahui bahawa Bilal telah memeluk agama Islam, Umaiyah telah menyiks4nya dengan cara yang amat kej4m sekali.

Pernah suatu ketika beliau telah dider4 di tengah padang pasir dalam keadaan ditelentangkan dengan badan yang ditel4njangkan.

Di tengah padang pasir dan di bawah keterikan panas matahari yang memb4kar itu beliau telah dipu,kul oleh beberapa orang tukang pu,kul dari golongan kaum Quraisy.

Tujuan mereka berbuat begitu ialah agar Bilal kembali kepada agama asalnya.

Oleh kerana keimanan Bilal begitu menebal, meereka tidak Berjaya mengubah akidahnya. Sebaliknya semakin hebat dia dis1ksa semakin galak dia mengingati Allah S.W.T.

Semasa dia dis1ksa dia tidak henti-henti menyebut: “ Ahad! Ahad!”

BILAL

Melihatkan Bilal bersikap teguh dengan pendiriannya, lantas Umaiyah menampar mukanya dan berkata :” Hei budak j4hat, engkau benar-benar cel4ka, aku mahu kau menyebut lata dan uzza.”

Semakin kuat Umaiyah meny1ksa dia semakin galak dia menyebut ayat itu.

Setelah melihatkan segala tindakannya terhadap Bilal tidak mendatangkan kesan maka Umaiyah pun pergi berjumpa dengan Abu Jahal.

Setibanya dia di rumah Abu Jahal maka Umaiyah pun bermuafakat dengan nya bagaimana hendak mengatasi masalahnya itu.

Umaiyah berkata kepada Abu Jahal: “ Lebih baik saja kita bu,nuh budak hitam itu.” “Itu tidak bijak.” Jawab Abu Jahal. “ Kalau membu,nuh dia bererti kita lemah dan kalah. Orang akan menentang kita secara diam-diam,” sambung Abu Jahal.

Umaiyah berkata lagi : Apakah yang patut kita lakukan?” “Kita s1ksa dia sehingga dia tidak berdaya lagi,” kata Abu Jahal memberi pendapat.

Umaiyah berkata lagi” Sampai bila dan berapa lamakah kita harus meny1ksa dia?” “ Sampai dia kafir semula,” jawab Abu Jahal bangga.

Umaiyah tidak berasa puas hati maka dia berkata lagi :” Ya Abu Jahal, kita sebenarnya masih ketinggalan zaman kerena belum pernah aku lihat seorang manusia yang begitu sabar menanggung pelbagai az4b demi mempertahankan kepercayaannya sebagaimana Bilal.”

Umaiyah bertanya lagi: Adakah cara lain yang engkau fikir boleh membuatkan dia mengubah pendiriannya?”

Begini,” kata Abu Jahal memulakan pendapatnya.” Bukankah hari amat panas sekali, jadi pakaikan dia dengan pakaian besi kemudian kita jemurkan dia di tengah padang pasir di luar kota Mekah. Aku percaya budak hitam itu tidak akan dapat menahan kepanasan besi dan cahaya matahari yang memb4kar itu.”

Umaiyah bertanya lagi” Adakah perbuatan ini akan berhasil?

“Tentu sekali aku percaya dan yakin jika dia mendengar rancangan kita ini tentu dia akan meminta ampun dan dengan itu sudah tentu dia akan kembali kepada agama asalnya,” Kata Abu Jahal dengan penuh yakin.

Setelah segala rangcangan mereka siap diatur maka mereka pun menangkap Bilal dan dipakaikannya dengan sehelai baju besi. Kemudian mereka pun membawa Bilal ketengah padang pasir dengan kakinya dirantai!

Setibanya di tengah padang pasir itu mereka pun meninggalkan Bilal keseorangan diri di antara batu-batu padang pasir itu.

Hari itu amat panas sekali sehingga tidak ada sesiapapun yang sanggup berdiri lama di bawah sinaran matahari pada masa itu. Manakala pada malam harinya pula keadaannya amat sejuk sehingga terasa ke tulang hitam.

Azab yang diterima oleh Bilal tidak terperi sakitnya. Bagaimanapun dia tidak mengeluh atau gentar menghadapi segala percubaan yang diterimanya.

Hatinya bulat, dia hanya berdoa kepada Allah S.W.T. agar Allah S.W.T. menguatkan imannya di samping memohon bantuan agar Allah S.W.T. melepaskan dia dari az4b yang tidak tertanggung itu.

Keesokan harinya Abu Jahal dan Umaiyah datang menemui Bilal. Dalam hati mereka berdua menyangkakan tentulah bilal akan bersujud kepada mereka meminta ampun dan berjanji akan mengubah pegangannya.

Sebaik saja syaitan Quraisy itu bersemuka dengan Bilal, semangatnya menjadi semakin kental mengadap segala kemungkinan dan kemar4hannya semakin meluap-luap terhadap kedua manusia itu.

Abu Jahal mendekati Bilal lalu membisikan sesuatu, katanya: “ Hai Bilal, bagaimanakah keadaan engkau sekarang?” Kemudian Bilal menjawab: “ Ahad! Ahad!”

Mendengar perkataan itu, secara tiba-tiba Abu Jahal menjadi marah. Hatinya berasa terlalu sakit mendengar perkataan itu, bagi dia perkataan itu seolah-olah r4cun baginya.

Lantas dia berkata kepada Bilal dengan geramnya : “ Hei budak hitam, apakah kau masih mahu berkeras di atas keses4tan engkau ini.”

Abu Jahal meng4muk dan mer4dang setelah Bilal tetap dengan pendiriannya. Dia mencari-cari di sekelilingnya kalau-kalau ada benda yang dapat di pergunakannya untuk membu’nuh Bilal pada masa itu.

 Kemudian dia ternampak seketul batu besar tidak jauh dari situ, lantas dia serta Umaiyah dan juga para pengikut yang mengiringin mereka mengangkat batu besar itu dan meletakkannya di atas dada Bilal bin Rabah.

BILAL

Setelah batu itu diletakkan di atas dadanya, Bilal merasa terlalu sukar untuk bernafas, tetapi dalam hatinya masih menyeru “ Ahad! Ahad!”

Abu Jahal, Umaiyah dan para pengikutnya mengugut Bilal mengatakan bahawa dia akan m4ti tidak lama lagi.

Mereka bersorak-sorak melihat keadaan Bilal yang semakin payah untuk bernafas.

Semakin perlahan pula suaranya menyebut “ Ahad! Ahad.” Akan tetapi gerak bibirnya masih belum berhenti dari menyebut perkataan itu.

Segala harapan Abu Jahal untuk melihat Bilal memohon ampun dan balik ke agama asal meleset sama sekali.

Bahkan bibir Bilal tidak henti-henti menyebut “Ahad! Ahad”’ malah adakalanya kedengaran dia berdoa kepada Allah S.W.T. , katanya.

“ Ya Allah, sekiranya mereka mahu membu’nuh aku agar aku menyekutukan Tuhan Ar Rahman maka biarlah aku mati, daripada menyekutukan Tuhan.  Aku tidak takut mati, aku tidak takut mati, aku lebih takut menyekutukan  Tuhan Ar-Rahman. Ya Allah, Tuhan Ibrahim, Yunus, Musa dan Isa aku bermohon kepadamu selamatkanlah aku dari siks4an ini.”

Doa Bilal yang kedengaran terketar-ketar itu di dengari oleh Abu Jahal dan Umaiyah. Mereka berpandangan sesama sendiri memikirkan apakah yang harus dilakukan lagi terhadap Bilal.

Kemudian Umaiyah berkata kepada Abu Jahal :” Bukankah sudah aku beritahu pada engkau, tak guna lagi kita meny1ksa budak itu. Dia memang keras kepala, memang tak ada harapan yang dia akan mengikut agama kita lagi, lebih baik saja kita bu’nuh dia.”

Dalam perkara ini Abu Jahal lebih pintar dari Umaiyah. Sambil menundukkan kepada dia mencari-cari jalan bagaimana hendak memaksa Bilal supaya dia kembali kafir.

Membu’nuhnya sebagaimana yang disarankan oleh Umaiyah adalah jalan yang terakhir tetapi tidak menguntungkan mereka, sebaliknya dia akan membawa banyak akibat dan kerugian kepada pihak Quraisy sendiri.

Kisah penderit4an Bilal menghadapi siksa dari pihak Quraisy akhirnya telah sampai ke pengetahuan Rasulullah S.A.W. dan Saiyidina Abu Bak4r Al Siddiq r.a.

Setelah mendapat berita itu, tanpa membuang masa Saiyidina Abu Bak4r pun terus menuju ke tempat Bilal di s1ksa itu. Di bawah kepanasan cahaya matahari Saiyidina Abu Bak4r meredah padang pasir yang luas itu.

Dari jauh dia nampak sekumpulan manusia sedang mengerumuni sesuatu. Tanpa membuang masa Saiyidina Abu Bak4r datang kearah mereka, mereka pun berundur.

Sebaik saja Saiyidina Abu Bak4r sampai disitu dilihatnya Bilal masih hidup dan dia tidak henti menyebut “Ahad! Ahad!”, akan tetapi keadaanya begitu menyayat hati.

Dia meronta-ronta seperti separuh ny4wa ikan. Batu besar yang menghempap pada perutnya menyebabkan dia mengalami kesesakan nafas.

Melihat keadaan sahabatnya diperlakukan begitu dia berasa amat hiba sekali, Saidina Abu Bak4r yang biasanya bersifat penyabar, lemah lembut dan tenang tiba-tiba saja melenting mar4h bagai 4pi menjulang.

Api kemar4hannya terlalu membara melihat kejadian yang menyayatkan itu. Ketika itu dilihatnya Abu Jahal dan Umaiyah adalah seperti budak kecil.

Dengan suara yang lantang dia berkata kepada Abu Jahal: “ Sampai bila kamu akan meny1ksa budak itu?”

Kata Umaiyah :” Itu urusan kami, mengapa kau harus masuk campur, ini hamba aku, aku boleh s1ksa dia sesuka hati aku dan aku boleh lepaskan dia bila aku suka.”

“ Apakah engkau tidak takut kepada Allah melakukan s1ksaan seperti ini?”, kata Saiyidina Abu Bak4r.

Umaiyah berkata lagi :” Cukup…cukup hai Abu Bak4r! Kerana engkaulah maka dia aku s1ksa dan engkaulah yang mer0sakkannya.

” Jawab Abu Bak4r dengan m4rah : “ aku bukan mer0sakkannya, aku hanya menunjukkan jalan yang benar.”

Sudah…sudah aku cukup mengerti perkara itu, engkau tidak perlu menerangkannya. Hanya satu permintaan aku jangan kau campuri urusan kami,” bentak Umaiyah.

Kami tidak akan membiarkan perbuatan kej4m seperti ini dilakukan terutama sekali terhadap salah seorang teman yang sefahaman dengan kami.

Meny1ksa dan memaksa dia sama dengan meny1ksa dan memaksa kami. Terus terang aku katakan bahawa aku akan membelanya dan tidak akan meninggalkan  tempat ini sebelum engkau melepaskannya dan memerdekakan daripada penganiayaan yang kejam ini, “ tegas Abu Bak4r geram.

“ Kami semua sudah sepakat tidak akan melepaskannya sehingga dia kembali kepada agama asalnya atau dia m4ti dalam s1ksaan ini,” jawab Umaiyah pula.

Kemudian Abu Bak4r berkata lagi : “ Engkau akan hampa  saja hai Umaiyah. Sudah pasti dia tidak akan kembali kepada agama asalnya setelah mendapat hidayah dari Allah.

Seperti orang yang berada dalam gelap gelita dia tidak akan mahu ketempat gelap itu setelah menemui tempat yang terang benderang.”

Umaiyah berkata dengan marah: “ Wahai Abu Bak4r, apakah engkau datang ini untuk meminta ampunkan d0sanya daripada kami atau engkau datang ini untuk membantu dia menghina dan mem4ki hamun Tuhan kami di hadapan muka kami sendiri?”

“Saya katakan kepada kamu semua bahawa dia akan tetap berpegang kepada kepercayaannya sampai  dia mati walaupun dia dis1ksa”.

“ Jadi adakah kamu mahu dia hidup dan saya beri dia makan dan minum serta pakaian kemudian dia mengh1na dan mengejek-ngejek agama kami setelah itu dia mengg0da isteri dan anak-anak kami?” Sergah Umaiyah.

“ Aku sedia membelinya.” Kata Abu Bak4r selamba. “ Engkau mahu membelinya,” kata Umaiyah seakan-akan terkejut.

“ Benar….. aku mahu membelinya,” kata Abu Bak4r. “Berapakah kamu sanggup bayar,” Tanya Umaiyah.

“ Berapa yang kamu minta,” jelas Abu Bak4r.

Setelah berpakat dengan Abu Jahal, Umaiyah pun berkata :” Lima wang emas ( setengah kilo).” Tanpa tawar menawar abu Bak4r terus membayarnya.

Setelah urusan jual beli itu selesai, tanpa membuang masa Saiyidina Abu Bak4r berlari mendapatkan Bilal yang sedang dihempap batu besar itu.

Oleh kerana batu itu terlalu besar Saiyidina Abu Bak4r tidak berdaya mengangkatnya seorang diri.

Orang ramai yang tadi bersurai datang menolong Abu Bak4r kerana bersimpati dengannya. Kemudian batu besar itu Berjaya diangkat dan Bilal pun terselamat dari s1ksaan seterusnya.

Saiyidina Abu Bak4r terus memapah Bilal untuk dibawa pulang mengadap Rasulullah S.A.W. Tidak lama kemudian Saiyidina Abu Bak4r memerdekakan Bilal.

Akhirnya Bilal dibebaskan dan tidak dikuasai oleh sesiapa lagi.

Lantaran tingginya budi Saiyidina Abu Bak4r dan besar jihad beliau terhadap Islam.

Maka turunlah ayat Quran yang menyatakan kesalahan Umaiyah bin Khalaf serta memuji Saiyidina Abu Bak4r yang penuh dengan sifat kemanusiaan yang tiada bandingannya itu.

Suatu ketika Bilal r.a. bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W. dan berkata baginda dalam mimpinya, “Wahai Bilal, mengapakah kamu tidak menziarahiku?”

Sebaik sahaja Bilal terjaga dari tidurnya, dia pun bersiap-siap untuk berangkat ke Madinah.

Setibanya di Madinah, Bilal r.a. bertemu Hassan dan Hussain yakni cucu Rasulullah S.A.W., lalu mereka meminta Bilal r.a. untuk melaungkan azan.

Untuk tidak menghampakan permintaan dari orang-orang yang sangat dikasihinya, maka Bilal r.a. pun mengalunkan azan.

Apabila suara Bilal berazan berkumandang, maka keluarlah orang-orang dari kota Madinah sambil mengerluarkan air mata mengingati zaman kegemilangannya yang dilalui bersama Rasulullah S.A.W.

Bilal r.a. terkenal dengan sifat kejujurannya, kesolehannya dan rendah hati.

Pada 20 hijrah, wafatlah Bilal r.a. dalam usia 60 tahun. Beliau dim4kamkan di kota Damsyik berdekatan daerah Babus Saghir

Mashallah, begitrulah hebatnya keimanan Bilal Bin Rabah terhadap agama Islam yang suci ini.

SUMBER: Kasihsuci

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

#TAULADAN

DOA DALAM DIAM

Published

on

By

Kekuatan Doa sangat luar biasa. Bagi yang tidak percaya pada kehebatan doa, cubalah doakan seseorang dalam diam. Kita akan lihat kesannya.

DOA DALAM DIAM – IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-108: DOA SEORANG SAHABAT KEPADA SAHABATNYA

Doa merupakan senjata bagi orang Muslim. Ramai dari kita yang sering berhajat sesuatu kepada Allah namun masalah yang kita hadapi terlalu lama kita tanggung. Memang benar, ujian yang lebih panjang ada kelebihannya iaitu banyak pelajaran yang kita dapat, kita lebih matang dan kedepannya kita lebih kritis dalam menangani dan menyelesaikan sesuatu masalah secara tenang.

Namun, sesetengah daripada kita, apabila ujian menimpa terlalu lama, kita malah menjadi kurang percaya pada sebuah doa dan pertolongan daripada Allah. Ia menyebabkan iman kita goyah dan dikhuatiri syaitan lebih mudah menghayutkan kita ke jalan kesesatan. Na’udzubillahimindzalik !

Oleh yang demikian, salah satu cara agar doa kita mudah diqabulkan dengan cepat adalah dengan mendoakan orang lain dalam diam. Semoga persoalan dan jawapan di bawah dapat memberikan kita intipati dan jalan keluar daripada masalah.

Soalan: Apakah sahih hadith berdoa kepada sahabat tanpa pengetahuannya adalah mustajab?

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berdasarkan soalan di atas, doa merupakan satu anugerah yang sangat istimewa dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita sebagai hamba-Nya. Sebelum kami menjawab persoalan di atas, di sini kami ingin nyatakan makna doa terlebih dahulu.

Menurut Imam al-Khattabi, makna doa adalah pemohonan  hamba kepada Tuhannya dengan mengharapkan  pertolongan-Nya dan juga bantuan daripada-Nya. [Lihat: Sya’n al-Du’a, 1/4]

Selain itu, Allah SWT sangat suka hamba-hamba-Nya berdoa kepada-Nya sebagaimana yang disebut di dalam nas-nas ilahi. Antaranya, Firman Allah SWT:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul”. [al-Baqarah:186]

Berkaitan soalan di atas, hadith berkaitan doa kepada sahabatnya tanpa pengetahuannya adalah mustajab adalah hadith yang sahih sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Muslim di dalam kitabnya (Sahih Muslim).

 

Matan Hadith

Daripada Abi Darda’ RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ، إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ: وَلَكَ بِمِثْلٍ

Maksudnya: “Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan)”. [Riwayat Muslim (4912)]

Daripada Safwan bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ، عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ، قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Maksudnya: “Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”. [Riwayat Muslim (4914)]

 

Makna Hadith

Adapun yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dengan “ظهر الغيب” adalah ketika orang yang didoakan itu tiada ataupun berdoa kepadanya secara diam-diam (tanpa pengetahuannya). Ini kerana, dengan cara itu akan menimbulkan atau meningkat tahap keikhlasan kita ketika berdoa. Selain itu, yang dimaksudkan dengan “مثل”  adalah seperti yang didoakannya. Tambahan pula, ini menunjukkan akan kelebihan berdoa kepada saudaranya muslim secara diam atau sembunyi. Walaupun yang didoakan itu adalah sekumpulan kaum muslimin maka dia akan memperoleh kelebihan ini (kemustajaban doa). Jika yang didoakan itu adalah sebahagian daripada kaum muslimin, zahirnya dia juga mendapat kelebihan ini. (iaitu Allah SWT memakbulkan doanya). Disebabkan itu, sebahagian salaf, jika mereka ingin mendoakan kepada dirinya, mereka akan berdoa kepada saudaranya muslim secara sembunyi kerana ia adalah mustajab dan mereka akan memperolehi yang sama seperti yang didoakan itu. [Lihat: al-Minhaj Syarh Muslim, 17/49]

Fiqh al-Hadith

Antara fiqh al-Hadith yang boleh diambil daripada hadith ini adalah:

  • Islam sangat menggalakkan setiap umatnya agar sentiasa berdoa kepada saudaranya.
  • Kita dituntut untuk mendoakan perkara-perkara kebaikan kepada saudara kita.
  • Doa seorang hamba tanpa pengetahuan saudaranya adalah mustajab di sisi Allah SWT.
  • Setiap apa yang kita doakan, Allah SWT juga akan mengurniakan kepada kita sama seperti yang kita doakan.

 

Penutup

Kesimpulannya, marilah sama-sama kita berdoa kepada sahabat atau saudara kita dalam setiap doa yang kita panjatkan kepada Allah SWT. Ini kerana, doa memiliki kuasa atau kelebihannya yang tersendiri dan Allah SWT pasti akan memakbulkan setiap permintaan hamba-Nya tapi dengan cara yang berlainan. Akhirnya, semoga Allah SWT memakbulkan setiap doa kita serta menggolongkan kita daripada kalangan hamba-Nya yang menerima taufik dan hidayah-Nya. Amin,

Wallahua’lam

SUMBER : Muftiwp.Gov.My

Continue Reading

#SEMASA

LELAKI M4BUK TERJUMPA DIRINYA SENDIRI

Published

on

By

Seorang lelaki mabuk menghabiskan masa berjam-jam lamanya menyertai misi pencarian orang hilang bersama pasukan penyelamat.

Lelaki M4buk Bantu Polis Cari Orang H1lang, Rupanya Yang H1lang Itu Dirinya Sendiri

                                                                                           Gambar Sekadar Hiasan

Seorang lelaki mabuk menghabiskan masa berjam-jam lamanya menyertai misi pencarian orang hilang bersama pasukan penyelamat.

Bagaimanapun, dia langsung tidak sedar bahawa orang hilang yang dicarinya itu sebenarnya adalah dirinya sendiri.

Beyhan Mutlu dari Inegol, Turki sebelum itu mengembara di hutan bersama rakan-rakannya dan didakwa turut minum minuman beralk0hol hingga mabuk.

Namun menurut Daily Mail, isterinya mendakwa cuba menghubunginya berkali-kali tapi gagal, lalu terus membuat lap0ran polis tentang ‘kehilangannya’.

Lantas pihak p0lis bersama pasukan penyelamat dan sukarelawan segera ke hutan berkenaan bagi melakukan 0perasi pencarian Beyhan yang dikatakan hilang itu.

Dalam masa sama, Beyhan bersama rakan-rakannya yang mabuk ketika itu menyedari kehadiran pasukan penyelamat tersebut, lantas turut menyertai mereka bagi membantu pencarian ‘orang hilang’ terbabit.

Bagaimanapun ketika salah seorang penyelamat melaungkan nama ‘Beyhan Mutlu’ dengan kuat sewaktu mencari, Beyhan yang sedang mabuk terus menjawab “Saya di sini!”.

Sekelip mata, ‘orang hilang’ itu telah dijumpai dan misi pencarian akhirnya selesai.

Beyhan kemudiannya diminta untuk beri keterangan kepada polis mengenai ‘kehilangannya’ yang telah membimbangkan keluarganya.

Namun Beyhan merayu kepada p0lis, “Jangan hkum saya te.ruk-te.ruk, tuan. Ayah saya akan bnuh saya,”

Pihak p0lis menghantarnya pulang ke rumah selepas itu dan lanjutan kes ‘kehilangan’ tersebut tidak dikenal pasti setakat ini.

SUMBER : BorneoDailyBuletin

Continue Reading

#SEMASA

ANTANOM ANAK RIMBA BORNEO (SABAH) BERJIWA BESAR !

Published

on

By

Orang sabah kena bangga kerana memilki pahlawan berjiwa besar iaitu ANTANOM ! Tidak ramai dari kita yang memilki sifat mulia sepertinya.

ANTANOM ANAK RIMBA BORNEO (SABAH) BERJIWA BESAR !

ANTANOM merupakan anak kelahiran sabah yang memilki sifat yang sangat terpuji kerana dia memiliki jiwa yang sangat besar ! Orang sabah kena bangga kerana memilki pahlawan berjiwa besar iaitu ANTANOM ! Tidak ramai dari kita yang memilki sifat mulia sepertinya.

Mungkin sudah ramai yang lupa pada sejarah pahlawan sabah ini. Untuk mengembalikan semula semangat memperjuangkan kemajuan dan perubahan sabah, jom kita kenali semula latar belakang pahlawan yang hebat ini !

 

a) Latar belakang

  •  Nama sebenar Ontoros anak lelai Antanom
  •  Ketua kaum Murut di Rundum
  •  Dilahirkan pada tahun 1875
  •  Ketika beliau berusia 30 tahun Antanom telah memimpin orang Murut menentang SBUB yang menindas kaumnya

(b) Faktor Penentangan

(i) Melarang Membuka Tanah Baru
– SBUB melarang mereka membuka tanah baru
– Merasakan hak mereka diceroboh
– Akibatnya mereka kekurangan beras

(ii) Mengenakan Cukai Yang Membebankan
– Cukai kepala satu dolar setiap orang
– Cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen setiap ekar
– Cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25 sen
– Cukai tangkapan ikan besar
– Cukai memelihara anjing sebanyak satu dolar seekor

(iii) Menjadi Buruh Paksa
– Orang Murut dijadikan buruh paksa
– Tujuan untuk membina jalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum

(iv) Menzalimi Keluarga
– Suami isteri kaum Murut dikehendaki tinggal berasingan di sebelah menyebelah tebing sungai
– Mereka dikenakan satu dolar setiap kali berkunjung
– Jika mereka mempunyai dua orang anak, salah seorang akan diambil SBUB untuk dijadikan buruh paksa

(v) Menceroboh Kawasan Hutan
– SBUB menceroboh hutan untuk membina jalan
– Kaum Murut membantah kerana mengikut kepercayaan mereka pencerobohan akan mengganggu roh nenek moyang mereka

© Peristiwa Penentangan

ORANG KITA sabah sarawak -OKss - Sejarah Aki Antanom, Pahlawan besar Murut  yang bertanggungjawap mendirikan "Negeri Murut" di Selatan Sabah, North  Borneo. Siapakah Antanom? Antanom atau nama sebenarnya Ontoros bin Antanom  dilahirkan
– Antanom menyatukan orang Murut menentang SBUB dmi menebus maruah mereka
– Februari 1915 Antanom menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan
– Mac 1915 Antanom memimpin kira-kira 600 orang Murut menyerang Rundum dan berjaya memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB
– Kejayaan itu menaikkan semangat perjuangan orang Murut dan pengikut Antanom   bertambah menjadi 900 orang
– Antanom membina kubu pertahanan di Sungai Selangit yang mengandungi 7 buah rumah bawah tanah
– April 1915 SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang kubu Antanom
– Pertempuran berlaku selama 6 minggu
– Antanom dan 400 orang Murut terkorban dalam mempertahankan Rundum
– Penentangan ini dikenali sebagai ‘Kebangkitan Rundum’

(d) Kesan Penentangan

Terseksa jadi buruh paksa tentera Jepun | Sinar Harian

                                                                                 Sekadar gambar hiasan 

SBUB mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut Antanom
– 8 orang kanan Antanom dibuang daerah ke Kudat
– Pengikut-pengikut yang lain menjadi buruh paksa memasang kawat telegraf dari Kimanis hingga ke Keningau
SBUB mengarahkan orang Murut bersumpah taat setia bagi mengelakkan kebangkitan seterusnya
– Orang Murut berpindah ke pedalaman Kalimantan sebagai tanda protes terhadap SBUB

SUMBER : https://tokohtokohpejuangsabah.tumblr.com/post/107608128228/antanom-pahlawan-anak-rimba-berjiwa-besar / Tokoh tokoh pejuang sabah

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Nz digital Family