Connect with us

bantuan

JOM BUAT “UJIAN DASS” UNTUK MENGETAHUI TAHAP KESIHATAN M3NTAL ANDA DISINI (TEKAN SINI)

Published

on

M3NTAL

Anda boleh menjalani Ujian Saringan Kesihatan M3ntal atau Depr3ssion Anx1ety Str3ss Scale (DASS) yang disediakan secara online. Dengan ujian saringan ini, anda akan dapat mengetahui tahap str3s, ris4u, atau depr3si.

Berikut adalah link untuk ujian tersebut: TEKAN SINI

M3NTAL

Seseorang dengan ganggu4n m3ntal boleh ternampak baik-baik sahaja di depan kita. Namun, Ketika bersendirian mereka akan merasa c3mas dan pu.tus 4sa. Kenali tanda-tanda seseorang yang mungkin mengalami g4ngguan m3ntal:

Merasa s3dih dan pu.tus as4

Kalau anda merasakan perasaan s3dih, put.us asa, dan cenderung mengu.rungkan d1ri selama lebih dari dua minggu, tidak mustahil kalau sebenarnya kesihatan m3ntal anda sedang berm4salah.

Muncul niat untuk mengh4biskan ny4wa

Tanda ini juga amat berbah4ya. Kalau anda mempunyai keinginan atau niat untuk bu.nuh d1ri atau meng4khiri h1dup.

Tidak boleh meng4wal diri

Anda menjadi sangat pan4s bar4n ataupun mudah mar4h walaupun hanya perkara yang remeh. Anda juga jadi seorang yang susah diatur dan suka melakukan pelbagai tind4kan yang ber1siko.

T4kut tanpa sebab yang jelas

Pernahkah anda merasa tiba-tiba t4kut tanpa alasan yang pasti? Atau Sering s3sak n4fas atau j4ntung yang tiba berd3gup lebih cepat? Mungkin penyebabnya adalah keadaan m3ntal anda yang tidak st4bil.

Perubahan pola makan ek.str3m

Tidak makan atau lebih sering memunt4hkan kembali makanan atau mengambil “ub4t” untuk menurunkan berat badan boleh jadi tanda g4ngguan m3ntal. Berat badan yang naik atau turun secara ek.str3m juga boleh jadi salah satunya gejalanya.

Mo0d sw1ng

Suasana hati anda sangat sukar diramal. Kadang boleh mendadak bahagia, mendadak s3dih, mudah ters1nggung, dan m4rah-m4rah tanpa sebab jelas.

Penyal4hgunaan d4d4h dan minum minuman ber4lkoh0l

Hati-hati bila kamu sudah mulai mencuba dad4h atau mel4mpiaskan em0si dengan minum minuman ber4lk0hol secara berlebihan.

Perubahan peril4ku yang es.ktr3m

Pola tidur berubah (seperti ins0mnia atau bahkan sangat susah untuk bangun tidur setiap pagi) dan perubahan keperibadian juga boleh jadi gej4la m3ntal anda sedang terg4nggu.

Susah f0kus

Makin susah f0cus boleh jadi tanda kesihatan m3ntal anda terganggu. Apatah lagi kalau sekiranya anda selalu sukar untuk tenang, biasanya ini jadi gejala paling umum kalau m3ntal seseorang itu sedang bermasalah.

Takut melakukan aktiviti s0sial

Anda merasa c3mas ketika berjalan-jalan atau bertemu dengan orang banyak. Sekiranya hal ini terjadi dalam kadar ek.str3m berlebihan, boleh jadi anda sedang mengalami g3ngguan m3ntal.

Sekiranya anda sering merasakan sebagian besar daripada tanda dan gej4la itu, jangan ragu untuk segera mencari b4ntuan. Jangan sampai terlambat dan membuat anda kehi1langan har4pan h1dup. Sebaiknya segeralah cari bantuan dengan pergi ke ps1k0logi atau ps1ki4tri.

SUMBER; LIPUTAN6

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

bantuan

Pulanglah Samirah….

Published

on

By

SAMIRAH, MALAYSIA MENYERU ANDA PULANG !

 

Kuala Lumpur: “Jika dia dipaksa, saya minta jasa baik pihak terbabit untuk pulangkan anak saya dengan selamat. Tapi jika dia pergi dengan rela, saya cuma nak dia balik,” kata Ahmad Anafiah Ibrahim, 47, bapa kepada Nor Syamira yang dipercayai hilang sejak Jumaat lalu.

Nor Syamira, 20, yang bekerja di sebuah pusat peranginan di Kuala Tahan, Pahang, disedari hilang apabila tidak pulang ke rumah selepas habis bekerja kira-kira jam 5 petang.

Ahmad Anafiah berkata, anak kelima daripada lapan beradik itu keluar rumah ke tempat kerja bersama kakaknya dengan menunggang motosikal.

“Kira-kira jam 4 petang, Syamira beritahu kakaknya yang dia mahu keluar membeli air. Pada mulanya kakak menghalang dan memintanya tunggu sehingga habis waktu kerja, tapi dia beritahu dahaga.

“Jadi dia terus keluar dan apabila habis saja waktu kerja, kakaknya mendapati Syamira tidak balik ke pusat peranginan itu dan menyangka motosikalnya kehabisan minyak.

“Kakaknya kemudian pulang ke rumah dan bertanya sama ada Syamira sudah pulang kerana tidak kembali ke tempat kerja. Kami cuba menghubungi telefon bimbitnya tapi gagal lalu saya keluar mencari di kawasan sekitar,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Ahmad Anafiah berkata, hanya motosikal yang ditemui di tepi jalan kira-kira 400 meter dari pusat peranginan itu.

Susulan itu, Ahmad Anafiah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut pada hari sama selain turut membuat hebahan di media sosial bagi meminta bantuan orang ramai mengesan anaknya itu.

Katanya, sehingga kini tiada khabar berita mengenai kehilangan Syamira namun keluarga berharap anaknya itu dapat ditemui dengan segera.

“Saya sangat berharap dia kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat. Saya sedar saya tidak mampu memberi Syamira dan anak-anak lain kemewahan, tetapi saya bersyukur kerana berpeluang menjaganya selama 20 tahun,” katanya.

Ahmad Anafiah juga berterima kasih kepada orang ramai yang memberi semangat dan cuba membantu mereka selain mendoakan kebaikan buat semua.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Syamira boleh menghubungi Ahmad Anafiah dan isteri, Sarina Jaafar di talian 017-9643403.

SUMBER : Harian Metro

Continue Reading

#DUNIA

JOM SAMA-SAMA BELAJAR ILMU PESAKIT MENTAL AGAR KITA DAPAT SELAMATKAN BANYAK NYAWA !

Published

on

By

Hampir setiap hari kita digemparkan dengan berita tr4gis tentang bunuh diri tidak kira kaum, agama, dan gelaran. Malah orang yang banyak ilmu agama juga tidak terkecuali. Ia menunjukkan sakit ment4l bukanlah kerana kurangnya iman namun ia adalah penyakit yang sama dengan penyakit diabetis, darah tinggi dan sebagainya.

JOM SAMA-SAMA BELAJAR ILMU PESAKIT MENTAL AGARKITA DAPAT SELAMATKAN BANYAK NYAWA !

Tidak mengira status, statistik menunjukkan peningkatan bunuh diri semakin meningkat. Hampir setiap hari kita digemparkan dengan berita tr4gis tentang bunuh diri tidak kira kaum, agama, dan gelaran. Malah orang yang banyak ilmu agama juga tidak terkecuali. Ia menunjukkan sakit ment4l bukanlah kerana kurangnya iman namun ia adalah penyakit yang sama dengan penyakit diabetis, darah tinggi dan sebagainya. Sakit mental bukanlah perkara yang boleh dibuat main. Segeralah bantu mereka yang mengalami tekanan berat dan tidak laku yang mencurigakan dan agak pelik daripada manusia normal selayaknya.

SEKADAR GAMBAR HIASAN

Fakta:

Definisi kesihatan secara menyeluruh tidak hanya tertumpu kepada kesihatan fizikal tetapi merangkumi kesihatan mental. Mengikut takrifan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) : ” Kesihatan adalah satu keadaan merangkumi kesihatan secara fizikal, mental dan sosial dan tidak hanya ketiadaan penyakit”. Untuk memahami tentang masalah kesihatan mental, kita perlu memahami konsep kesihatan mental terlebih dahulu.Terdapat perbezaan yang besar diantara kesihatan mental dan penyakit mental. Oleh itu, kita tidak seharusnya menggunakan istilah ini secara tukar-ganti. Seseorang individu yang normal mungkin tidak mempunyai kesihatan mental yang baik pada setiap masa, tetapi masih lagi berupaya untuk melakukan aktiviti seharian seperti biasa. Berlainan pula dengan mereka yang mempunyai penyakit mental, dimana fungsi seharian akan terjejas. Secara umumnya, kesihatan mental menggambarkan tahap kesejahteraan pemikiran dan emosi seseorang individu.

Definisi kesihatan mental:

Tiada istilah rasmi atau satu definisi tetap tentang kesihatan mental. Perbezaan budaya, penilaian yang subjektif dan teori professional telah mempengaruhi bagaimana kesihatan mental ditakrifkan. Kesihatan mental adalah satu keadaan yang sejahtera di mana seseorang individu menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik, dapat bekerja secara produktif dan mampu menyumbang kepada masyarakat. Ini bermaksud, kesihatan mental adalah asas kepada kesejahteraan individu dan kemampuan masyarakat berfungsi secara effektif. Kesihatan mental adalah ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan tuntutan hidup.

Walau bagaimanapun, tidak terdapat garis penentu yang jelas dalam membezakan antara mereka yang mempunyai kesihatan mental yang baik dan mereka yang tidak.Terdapat banyak tahap dalam kesihatan mental.Tiada satu kriteria yang boleh digunakan untuk membuktikan kesihatan mental yang baik.Tiada seorang individu pun yang mempunyai semua ciri-ciri kesihatan mental yang baik pada setiap masa.Ia banyak bergantung kepada faktor individu, sosial dan persekitaran.Terdapat beberapa faktor sosial, psikologikal dan biologikal yang menentukan tahap kesihatan mental seseorang pada satu-satu masa. Kesihatan mental boleh terjejas disebabkan masalah sosio-ekonomi, pertukaran keadaan persekitaran/sosial secara mendadak, tekanan di tempat kerja, dan penyakit fizikal.Tidak seperti masalah kesihatan mental, mereka yang mempunyai penyakit mental pula mengalami satu keadaaan dimana tahap mental seseorang itu menyebabkan fungsi seharian individu itu terjejas sama ada dari segi sosial atau pun pekerjaan. Ia memerlukan rawatan.

Epidemiologi

Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan yang ke -3, yang telah dijalankan pada tahun 2006 telah membolehkan kita mendapat maklumat tentang tahap kesihatan mental di kalangan dewasa di Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas. Ini adalah bedasarkan kertas soal-selidik “General Health Questionnaire” mengandungi 28 item yang digunakan di seluruh dunia untuk menyaring kesejahteraan psikologikal seseorang.

Didapati dari hasil kajian:

  • Prevalens keseluruhan – 11.2% daripada rakyat Malaysia yang dewasa mempunyai morbiditi psikiatri /mental dimana kadar tertinggi adalah di kalangan yang berbangsa cina dengan 31.1%.
  • Jantina – Lebih ramai wanita mengalami masalah mental (55%) berbanding lelaki (45%)
  • Penempatan – Masalah mental adalah lebih tinggi di kalangan masyarakat bandar (12.6%)  berbanding luar bandar(8.5 %)
  • Tahap pendidikan – masalah mental adalah lebih tinggi di kalangan mereka yang tiada pendidikan atau berpendidikan  rendah (15-16%)
  • Status perkahwinan – kadar adalah paling tinggi di kalangan mereka yang bercerai (13.6%); diikuti oleh bujang (13.1%) balu (12.2%) dan mereka yang berkahwin. (10.5%)
  • Pemikiran utuk membunuh diri – Prevalens keseluruhan untuk pemikiran bunuh diri yang akut adalah 6.4%, dengan kadar tertinggi di kalangan remaja dan  peringkat awal dewasa berumur antara 16-24  iaitu sebanyak 11%
  • Gangguan tidur (insomnia)– kadar keseluruhan adalah 14% dengan mereka yang berumur antara 70-74 tahun mempunyai prevalens tertinggi sebanyak  20%.

Penemuan di atas adalah petunjuk kepada keadaan kesihatan mental di kalangan penduduk dewasa di Malaysia ketika soal-selidik dijalankan. Ia tidak menunjukkan secara khusus kepada penyakit mental yang spesifik.

((Psychiatric Morbidity, a Report of the Third National Health and Morbidity Survey, 2006. Institute of Public Health, Ministry of Health Malaysia, 2008)

Tanda dan Gejala

Gejala dan tanda-tanda kesihatan mental yang terjejas boleh timbul akibat dari tekanan secara fizikal, sosial dan persekitaran. Ia terjadi apabila seseorang itu mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri atau menangani tekanan. Ia boleh mempengaruhi kesihatan fizikal dan boleh menjadi di luar kawalan. Ini akan menyebabkan keadaan fizikal dan emosi seseorang itu terjejas.

Tiga bahagian utama yang mungkin terjejas adalah:

  • Fisiologikal : Ia menyebabkan seseorang itu cenderung untuk mendapat atau memburukkan lagi penyakit fizikal seperti penyakit jantung dan darah tinggi, menyebabkan sakit kepala dan kesakitan otot.
  • Tingkah laku : Prestasi kerja mungkin menurun, cenderung untuk mengalami kemalangan, tidak hadir bertugas, bertindak agresif dan mudah marah, sukar membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
  • Psikologi : Timbul rasa tidak puas hati, mudah terasa, ,murung dan berasa penat secara emosi. Antara gejala biasa yang menunjukkan kesihatan mental terjejas adalah panas baran, sukar tidur, hilang selera makan, turun berat badan, gemuruh, berdebar-debar dan tidak bersemangat.

Komplikasi

Jika seseorang individu itu terdedah kepada tekanan berterusan dan tidak berupaya mengendalikan tekanan, mereka mungkin mendapat penyakit mental. Terdapat kaitan yang jelas di antara tekanan hidup dan penyakit mental. Risiko untuk penyakit mental adalah lebih tinggi di kalangan mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit mental,faktor psikologi dan masalah personaliti tertentu , ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak dan keabnormalan otak. Seseorang individu itu akhirnya berpotensi mendapat penyakit seperti kemurungan, penyakit Bipolar dan Skizofrenia.

Rawatan

Tiada rawatan ubatan diperlukan untuk kesihatan mental yang terjejas. Walau bagaimanapun, langkah pencegahan perlu dilakukan agar ia tidak berkembang menjadi penyakit mental.

Pencegahan

Untuk individu, antara langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan adalah memperbaiki strategi menangani masalah, mengukuhkan sokongan sosial dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Pada peringkat yang lebih besar, penekanan perlu diberikan kepada promosi kesihatan mental. Promosi kesihatan mental memerlukan penglibatan pelbagai pihak seperi sektor kerajaan, swasta dan organisasi komuniti.Tumpuan harus diberikan kepada promosi kesihatan mental sepanjang hayat iaitu dari peringkat kanak-kanak lagi. Ini adalah untuk mencegah penyakit mental daripada berlaku ketika peringkat dewasa dan warga tua. Program di bawah mungkin berfaedah, iaitu

  • Intervensi awal kanak-kanak (Contoh : lawatan ke rumah untuk wanita mengandung, bantuan nutrisi/pemakanan serta kewangan untuk mereka yang kurang bernasib baik)
  • Sokongan kepada kanak-kanak dan remaja ( Contoh : Program perkembangan kanak-kanak dan remaja)
  • Program pengukuhan ekonomi golongan wanita (Contoh : memudahkan laluan pendidikan serta sistem mikro-kredit seperti Industri Kecil dan sederhana (IKS) , Amanah Ikhtiar Malaysia);
  • Sokongan sosial untuk warga emas (Contoh : Pusat komuniti dan jagaan harian)
  • Program psiko-sosial untuk kumpulan berisiko ,contohnya penduduk yang terlibat dengan bencana seperti tsunami dan banjir.
  • Aktivisi promosi kesihatan mental di sekolah (Contoh: Program menangani masalah dan krisis di kalangan murid sekolah)
  • Intervensi kesihatan mental di tempat kerja (Contoh: Program pencegahan stres).
  • Program perkembangan komunitidan kumpulan sokongan.

Kumpulan Sokongan

  • Semua klinik kesihatan di seluruh Malaysia menyediakan perkhidmatan saringan untuk kesihatan mental dan penyakit mental menggunakan soal-selidik tertentu. Mana-mana individu yang berhasrat melakukan penilaian kesihatan mental boleh berbuat demikian. Pengesanan awal adalah perlu.
  • Malaysian Mental Health Association(MMHA)
  • Malaysian Psychiatric Association (MPA)
Penulis : Dr. Firdaus Bt. Datuk Abdul Ghani

SUMBER : myhealth.gov

Continue Reading

#SEMASA

Semakan, Tarikh Dan Baki Bayaran – Bantuan Khas Cov1d(BKC Fasa 2)

Published

on

By

Semakan, Tarikh Dan Baki Bayaran – Bantuan Khas Cov1d(BKC Fasa 2)

TARIKH BAYARAN BKC FASA 2 & JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

Bayaran Bantuan Khas C0V1D-19 (BKC) Fasa 1 telah mula disalurkan pada 6 September 2021 yang lalu.

Pembayaran BKC akan dibuat dalam 3 fasa, namun tidak semua kategori penerima akan menerima bayaran dalam kesemua fasa ini.

Berikut dikongsikan jumlah bayaran yang akan diterima bagi BKC Fasa 2, tarikh bayaran serta kategori penerima yang layak.

Apakah Bantuan Khas COV1D-19?

Bantuan Khas Cov1d-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan k0s sara hidup dan beb.an rakyat akib4t pan.demik C0V1D-19 sehingga akhir tahun 2021.

Cara Permohonan / Syarat Kelayakan

Anda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut:

Kategori Penerima / Data Bantuan

  • M1skin teg4r – Permohonan BPR 2021
  • B40 – Permohonan BPR 2021
  • M40 – Percukaian (LHDNM)

bkc fasa 1

Jumlah Bantuan BKC Fasa 2

Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah seperti berikut:

  1. Misk1n teg4r
  2. B40
  3. M40

Perincian jumlah bantuan BKC yang diumumkan adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah kategori Misk1n Teg4r bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan September (Fasa 1), RM500 pada bulan November (Fasa 2), dan RM300 pada bulan Disember (Fasa 3).
  • Individu Bujang kategori Misk1n Teg4r akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan September (Fasa 1) dan RM300 pada bulan November (Fasa 2).
  • Isi Rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos (Fasa 1) dan RM300 pada bulan November (Fasa 2).
  • Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan September (Fasa 1).
  • Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan September (Fasa 1).

Tarikh Bayaran BKC Fasa 2

Pembayaran BKC akan dibuat sebanyak 3 kali secara berfasa.

  • Fasa 1 – September 2021
  • Fasa 2 – November 2021
  • Fasa 3 – Disember 2021

Sila rujuk jadual pembayaran BKC Fasa 2 mengikut kategori seperti berikut:

bkc

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran adalah mengikut akaun masing-masing seperti berikut:

  • Misk1n Teg4r – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa
    permohonan BPR 2021
  • B40 – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa
    permohonan BPR 2021
  • M40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam
    rekod percukaian

Cara Semakan Status Bayaran BKC Fasa 2

Jika anda tidak pasti sama ada anda layak menerima BKC atau kategori anda, sila rujuk cara semakan status di bawah:

A. SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BKC SECARA ONLINE

Semakan melalui laman web rasmi BKC boleh dibuat melalui pautan https://bkc.hasil.gov.my

Semakan boleh dibuat seperti berikut:

  1. Klik Log Masuk atau Semakan Status
  2. Masukkan Nombor MyKad
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Maklumat yang akan dipaparkan
  • Status Permohonan
  • Amaun Keseluruhan Diterima
  • Maklumat Pembayaran
  • Paparan Borang

B. SEMAKAN STATUS BAYARAN BKC SECARA MANUAL / TELEFON

Semakan melalui Hotline BKC di talian 1-800-88-2747 atau TALIAN KHAS

Anda juga boleh terus ke kaunter LHDN dengan membuat temujanji terlebih dahulu.

Lupa Kata Laluan BKC

Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan kesela.matan berkenaan dan akaun disekat, anda boleh mencuba semula selepas 24 jam.

Sekiranya masih terlupa, boleh menghubungi talian Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) 1-800-88-2747 atau Cawangan LHDNM yang berhampiran untuk set semula akaun BKC.

Selepas akaun BKC telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MyBKC dan menjawab soalan keselam.atan yang dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ke laman web https://bkc.hasil.gov.my atau Hotline BKC di talian 1-800-88-2747 atau TALIAN KHAS BKC.

Dapatkan informasi menarik terkini di 24newst, Terima Kasih.

Sumber:ecentral

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Nz digital Family