Connect with us

Petua

DAGING KESUMA SALAH SATU HIDANGAN ISTIMEWA

Published

on

Selain daripada ayam, daging juga boleh digunakan dalam masakan daging kesuma. Resipi ini sangat sedap dan ia merupakan salah satu hidangan istimewa di majlis perkahwinan, akikah ataupun majlis doa selamat. Jom semak resipi di bawah. 
DAGING KESUMA SALAH SATU HIDANGAN ISTIMEWA !
Selain daripada ayam, daging juga boleh digunakan dalam masakan daging kesuma. Resipi ini sangat sedap dan ia merupakan salah satu hidangan istimewa di majlis perkahwinan, akikah ataupun majlis doa selamat. Jom semak resipi di bawah.

Bahan2
500 gm daging lembu ~ dihiris nipis
1 senduk kecil minyak masak
2 cawan santan pekat
1/2 sudu besar asam jawa + 1 cawan air ~ diramas
1 sudu teh lada putih
2 sudu besar serbuk ketumbar
½  sudu teh serbuk jintan manis
½ sudu teh serbuk jintan putih
2 batang serai ~ diketuk
2 labu bawang besar ~ dihiris
1 inci halia ~ dihiris halus memanjang
3 biji cili hidup merah/hijau ~ dibelah dua
Garam & perasa secukup rasa

Cara2 Menyediakan
1. Gaulkan daging bersama bahan2 rempah seperti serbuk ketumbar, serbuk lada putih, serbuk jintan manis & serbuk jintan putih.  Perapkan dalam 15 minit.

2. Panaskan minyak lalu masukkan daging yang diperap.  Masak hingga daging mengeluarkan air & agak kering.  Masukkan serai, bawang & halia dan masak hingga bawang layu.
3. Masukkan santan, air asam jawa, garam, perasa & sikit gula jika suka lalu masak hingga kuahnya pekat. Masukkan cili hidup dan kacau2 sebentar & bolehlah dihidang.

 

Selamat mencuba!
SUMBER : Mamawandiha.blogspot , Masakan Tradisional Utara 1991
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hiburan

Hanya guna Kurma daging Tin adabi.

Published

on

By

Untuk mak-mak yang bekerja, bolehlah simpan daging kurma tin adabi banyak-banyak. Mak-mak tak perlu risau dah nak tunggu daging beku lembik. Hanya menggunakan kurma daging tin sahaja boleh menghasilkan makanan tengah hari yang sangat istimewa. Mesti anak-anak makan dengan berselera selepas balik daripada sekolah.

Resepi Nasi Daging Paling Ekspres & Viral, Guna Kurma Tin Adabi Je!

Untuk mak-mak yang bekerja, bolehlah simpan daging kurma tin adabi banyak-banyak. Mak-mak tak perlu risau dah nak tunggu daging beku lembik. Hanya menggunakan kurma daging tin sahaja boleh menghasilkan makanan tengah hari yang sangat istimewa. Mesti anak-anak makan dengan berselera selepas balik daripada sekolah.

RESEPI NASI DAGING Ketika kita masih lagi dalam ‘mood’ perayaan Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti masih ramai dalam kalangan kita yang masih menerima kunjungan tetamu di rumah bukan? Dah bosan asyik sajikan ketupat, lemang dan rendang sahaja, apa kata anda sajikan pula menu nasi daging untuk mereka yang datang.

Susah nak masak?

Jangan risau, berikut merupakan perkongsian resepi nasi daging paling ekspres dan viral hanya menggunakan kurma dalam tin sahaja. Memang padu!

RESEPI NASI DAGING ADABI VIRAL

Tumis tomato yang didadu

-Tumis la sekali tiga sekawan

-Bawang besar,cabai hijau

-Tumis dengan planta,wangi

-Pastu tuang la kurma Daging Adabi ni

resepi nasi daging

1.Lepas tu ampa tuang la kuah ni dalam beras, kami tambah garam dengan kiub ayam dan daging rebus dalam ni..dan masaklah macam biasa.

2.Ni kami masak dua pot beras basmati bersamaan 3 pot air dan satu tin KURMA DAGING ADABI. Ni cara rajin sikit..agak malas ampa takyah tumis apa apa pun, tuang satu tin kurma daging ni dalam beras.

3.Konsep dia sama ja macam masak beriani kambing Adabi..yang pasti semua jenis lauk tin Adabi sedap!

Untuk air asam tu saya selalu buat gini ja:

Potong nipis tomato dan bawang besar

-Pastu masukkan sambal belacan

-Pastu campur sikit air asam jawa Adabi dan belacan sikit, letak garam sikit dan sos tomato sikit. Gaul semua sekali.

-Kalau takda sambal belacan, ampa potong cabai melaka.

Siap!

Sumber: Hidayah Terbilang, Sirap Limau

Continue Reading

#DUNIA

PEMBUATAN YOGURT HANYA 2 BAHAN

Published

on

By

Yogurt banyak gunanya. Selain sedap diminum dan melancarkan pencernaan, ia juga bagus untuk kecantikan kulit. Selain itu, ia juga berguna dalam masakan.

Cara Buat Yogurt Homemade, Hanya Guna 3 Bahan Je, Mudah Tapi Menjadi!

Yogurt banyak gunanya. Selain sedap diminum dan melancarkan pencernaan, ia juga bagus untuk kecantikan kulit. Selain itu, ia juga berguna dalam masakan.

Beli di kedai dapat sikit. Apa kata buat sendiri. Tak sukar pun, mudah sangat caranya. Bahan yang digunakan pun tak banyak.

Caranya ada dikongsikan oleh Puan Salihah Sulaiman. Berikut kongsinya;

Cara Buat Yogurt Homemade

Yogurt kaJ in da making. Yogurt ni kaJ buat try and error. Tak belajar dengan sesiapa. Buat research sendiri je.

Bahan-bahan

  • 1 kg Susu segar– tak kisah susu fresh, susu kotak, susu tepung. Kalau guna susu tepung tak payah letak cuka sebab susu dah sedia masam bila dah jadi yogurt.
  • Yogurt asli- bukan yang berperisa
  • Cuka makan satu sudu kecil. Tak nak letak pun tak apa
  • Gula sikit @ tak letak apa. Letak bila nak minum nanti
  • Termos

Cara-Caranya

[1] Panaskan susu sehingga berbuih kecil. Bukan mendidih ye.

[2] Angkat dan sejukkan sedikit. Masa ni nak letak gula dan cuka boleh la.. Tak nak letak pun boleh.

[3] Bila susu dah suam2 kuku anak, tuang susu kedalam termos.

[4] Ambil yogurt asli 1 sudu atau 2 sudu besar dalam 1 cawan bercampur susu suam tadi dan kacau sebati.

Yogurt asli yang ada kultur hidup.

Kemudian tapis ke dalam termos yang ada susu tadi.

Yogurt dan susu dikacau sebati kemudian ditapis ke dalam termos.

[5] Kacau sebati dan peram susu sehingga 7-8 jam.

Siap.

Boleh dimakan bersama buah-buahan, buat air dan letak perisa, atau untuk dijadikan masakan. Simpan lebihan yogurt yang dah siap untuk menjadi ibu yogurt untuk proses lain kali. Tapi kaJ tak adanya nak simpan. Terus habiskan.

Selamat mencuba.

Sumber : Harmagidun, Salihah Sulaiman

Continue Reading

Hiburan

DESSERT TERENAK DAN MUDAH !

Published

on

By

Kalau dihidangkan pemanis mulut/desert sejuk di depan kita, berebut, cepat habis. Lagi-lagi masa musim panas atau ketika berbuka puasa. Nikmatnya ketika suapan pertama melalui tekak tu hingga tak ingat orang kiri kanan. Antara desert yang sedap dan digemari ramai adalah pudding tiramisu. Resepi kali ini dikongsikan oleh Puan Norliza Bahari. Berikut caranya.

Resepi Puding Tiramisu Paling Senang, Guna Biskut Marie Perisa Kopi Je.

Kalau dihidangkan pemanis mulut/desert sejuk di depan kita, berebut, cepat habis. Lagi-lagi masa musim panas atau ketika berbuka puasa. Nikmatnya ketika suapan pertama melalui tekak tu hingga tak ingat orang kiri kanan.

Antara desert yang sedap dan digemari ramai adalah pudding tiramisu. Resepi kali ini dikongsikan oleh Puan Norliza Bahari. Berikut caranya.

Resepi Puding Tiramisu

Cuti cuti sekolah memang wajib la kena buat. Insya Allah rasa dia sedang sedang je tak manis sangat. Makan time sejuk sejuk ya Allah, mabelles sungguh. Kali ni Kak Liza bagi resepi yang paling mudah. Banyak kali dah buat guna resepi ni. Alhamdulillah anak anak & customer suka.

Bahan-Bahan

  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu sejat @ cair
  • 5 tin air (guna bekas tin susu tadi untuk sukat air)
  • 11 sudu makan tepung kastad (sudu penuh membukit)
  • Biskut Marie (nak sedap cari yang perisa kopi)
  • Milo secukupnya

Cara-Caranya

[1] Masukkan susu sejat, susu pekat, air dan tepung kastad ke dalam periuk. Kacau bagi sebati.

[2] Kemudian baru buka api sederhana. Kacau sampai pekat dan bekilat. Tutup api.

[3] Masukkan kedalam loyang/bekas secara berlapis. Mula dengan kastad, kemudian biskut kemudian tabur milo. Setelah itu ulang lagi kastad, biskut, Milo sampai last biar tinggal kastad ja.

[4] Selepas itu kisar kasar sedikit biskut dengan milo kemudian tabur untuk yang paling atas.

[5] Siap! Masukkan dalam peti ais. Dah sejuk boleh makan.

Selamat mencuba.

Sumber : Harmagidun, Norliza Bahari 

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Nz digital Family