Connect with us

Uncategorized

CARA INI BOLEH DIJADIKAN BEKALAN MENUJU NEGERI ABADI

Published

on

Namun, daripada banyak amalan yang boleh dilakukan itu, yang manakah boleh menjadi pengalir pahala kepada kita untuk menuju ke syurga ALLAH?

Tujuh amalan yang membuatkan pahala terus mengalir

JIKA pahala itu kita boleh dilihat nilainya seperti mana nilai wang di bank, sudah tentu ramai yang berlumba-lumba untuk membuat amalan yang baik.

Ya, terlalu banyak amalan yang kita boleh lakukan untuk mendapatkan pahala.Berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah, memberi orang makan dan banyak lagi.Semuanya boleh jadi ‘pelaburan’ pahala kita untuk saham di akhirat nanti.

Namun, daripada banyak amalan yang boleh dilakukan itu, yang manakah boleh menjadi pengalir pahala kepada kita untuk menuju ke syurga ALLAH?

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan, sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai dan harta yang disedekahkannya.” (Riwayat Ibn Majah)

Berdasarkan hadis itu, ada tujuh amalan yang mampu memperindah laluan kita ke syurga iaitu:

1. Ilmu yang disebarluaskan

Amat besar rahmatnya bagi orang yang menyampaikan, menyebarkan dan mengajarkan ilmu dunia dan akhirat yang bermanfaat.

2. Anak soleh yang ditinggalkan

Pendidikan anak-anak seharusnya bermula sejak di dalam rahim ibu. Bacaan zikir, al-Quran, kata-kata yang baik dan amal soleh harus dilazimkan oleh ibu bapa sejak awal lagi kerana memiliki anak yang soleh banyak kelebihannya. Antaranya anak-anak itu boleh terus mengalirkan manfaat kepada ibu bapanya, mendoakan kita dan menutup aib kita.

3. Kitab-kitab keagamaan yang diwariskan

Barang siapa yang mewariskan buku-buku yang baik, maka, pahala berterusan akan diterima oleh si pemberi tersebut selagi mana ia ada dan dibaca.

4. Masjid yang dibina

Orang yang membina, mewakafkan dan mendermakan wang bagi pembinaan masjid akan dikurnikan pahala serta kedudukan di syurga.

Ia sebagaimana disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana ALLAH walau sekecil apa pun, maka, ALLAH akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)5. Rumah yang dibina untuk musafir

Rumah atau wakaf yang dibina untuk para musafir bagi memudahkan mereka datang berehat dan tidur sebentar. Ia bukan untuk tujuan maksiat. Di negara ini, antara contohnya adalah hentian rehat dan r4wat (RnR).

6. Sungai yang dialirkan untuk kepentingan ramai

Mereka yang membantu mengalirkan alir bersih kepada manusia dan makhluk-makhluk ALLAH yang lain bakal memperoleh barakah selagi mana air itu diminum dan digunakan.

7. Harta yang disedekahkan

Antara manfaat sedekah adalah memanjangkan umur dan rezeki kita, kehidupan kita diberkati ALLAH SWT, dikurniakan kesenangan dan kelapangan jiwa serta pahala dan kebaikan yang berlipat ganda.

Mungkin ada amalan-amalan tersebut sukar dilakukan tetapi, kita boleh cuba sedaya yang mampu.

Jika tidak mampu dari segi material, barangkali, kita boleh didik anak-anak kita menjadi anak yang soleh agar mereka mengalirkan manfaat dan mendoakan kita tatkala kita sudah tiada lagi di dunia.

Sumber: Fatin Nor Izzati/Sinar harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hiburan

Hanya guna Kurma daging Tin adabi.

Published

on

By

Untuk mak-mak yang bekerja, bolehlah simpan daging kurma tin adabi banyak-banyak. Mak-mak tak perlu risau dah nak tunggu daging beku lembik. Hanya menggunakan kurma daging tin sahaja boleh menghasilkan makanan tengah hari yang sangat istimewa. Mesti anak-anak makan dengan berselera selepas balik daripada sekolah.

Resepi Nasi Daging Paling Ekspres & Viral, Guna Kurma Tin Adabi Je!

Untuk mak-mak yang bekerja, bolehlah simpan daging kurma tin adabi banyak-banyak. Mak-mak tak perlu risau dah nak tunggu daging beku lembik. Hanya menggunakan kurma daging tin sahaja boleh menghasilkan makanan tengah hari yang sangat istimewa. Mesti anak-anak makan dengan berselera selepas balik daripada sekolah.

RESEPI NASI DAGING Ketika kita masih lagi dalam ‘mood’ perayaan Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti masih ramai dalam kalangan kita yang masih menerima kunjungan tetamu di rumah bukan? Dah bosan asyik sajikan ketupat, lemang dan rendang sahaja, apa kata anda sajikan pula menu nasi daging untuk mereka yang datang.

Susah nak masak?

Jangan risau, berikut merupakan perkongsian resepi nasi daging paling ekspres dan viral hanya menggunakan kurma dalam tin sahaja. Memang padu!

RESEPI NASI DAGING ADABI VIRAL

Tumis tomato yang didadu

-Tumis la sekali tiga sekawan

-Bawang besar,cabai hijau

-Tumis dengan planta,wangi

-Pastu tuang la kurma Daging Adabi ni

resepi nasi daging

1.Lepas tu ampa tuang la kuah ni dalam beras, kami tambah garam dengan kiub ayam dan daging rebus dalam ni..dan masaklah macam biasa.

2.Ni kami masak dua pot beras basmati bersamaan 3 pot air dan satu tin KURMA DAGING ADABI. Ni cara rajin sikit..agak malas ampa takyah tumis apa apa pun, tuang satu tin kurma daging ni dalam beras.

3.Konsep dia sama ja macam masak beriani kambing Adabi..yang pasti semua jenis lauk tin Adabi sedap!

Untuk air asam tu saya selalu buat gini ja:

Potong nipis tomato dan bawang besar

-Pastu masukkan sambal belacan

-Pastu campur sikit air asam jawa Adabi dan belacan sikit, letak garam sikit dan sos tomato sikit. Gaul semua sekali.

-Kalau takda sambal belacan, ampa potong cabai melaka.

Siap!

Sumber: Hidayah Terbilang, Sirap Limau

Continue Reading

Uncategorized

BUBUR LAMBUK CIRI KHAS RAMADHAN

Published

on

By

Bila nak masuk je bulan puasa ni, menu bubur lambuk memang dicari. Bagi warga kota KL, ada yang sanggup yang sanggup beratur panjang kat Masjid Kampung Baru yang cukup terkenal dengan bubuk lambuknya yang sedap, dan yang bestnya percuma pulak tu.

Menu Popular Ramadan, Bubur Lambuk Versi Ringkas! Tapi Rasanya Ummph…

Bubur Lambuk Versi Simple Tapi Sedap

Bila nak masuk je bulan puasa ni, menu bubur lambuk memang dicari. Bagi warga kota KL, ada yang sanggup yang sanggup beratur panjang kat Masjid Kampung Baru yang cukup terkenal dengan bubuk lambuknya yang sedap, dan yang bestnya percuma pulak tu.

Bubur lambuk ni resipinya ada macam-macam versi . Jika di Terengganu banyak sayur ulam di dalamnya tetapi di Selangor dan KL ni bubur lambuk daging dan ayam lebih popular. Nak-nak kalau guna daging tetel memang terangkat lah rasanya.Ada macam-macam resipi, tapi Min rasa ni lebih mudah dan gerenti jadi.

Resipi perkongsian dari Jamal dan Asmahan via Fb MAHN (Masak Apa Hari Ini).

BUBUR LAMBUK

Bahan-bahan :

2 mug beras | rendam dalam 20 minit

1/2kg daging | campur yang berlemak (daging tetel)

1 bungkus kecil rempah sup

250ml santan

3 sudu makan lada hitam

3 biji bawang merah | dikisar

8 ulas bawang putih | dikisar

1.5sm halia | dikisar

1kiub pati kiub lembu | jika suka

Kentang secukupnya | dipotong kiub

Lobak merah  | dipotong kiub

Daun sup | untuk ditabur

Bawang goreng | untuk ditabur

Cara Memasak :

  • Pijarkan minyak dan tumis bawang-bawang dan halia hingga agak garing.
  • Masukkan rempah sup, tumis hingga naik minyak dan masak.
  • Masukkan daging, gaul sebati dan masukkan beras.
  • Gorengkan beras seketika, dan masukkan air
  • Rebus beras sehingga nampak lembut.
  • Masukkan santan dan garam secukup rasa.
  • Masukkan lada hitam dan pati kiub lembu,Masukkan juga kentang dan lobak merah.
  • Bila sayur dah lembut, taburkan daun sup dan bawang goreng.
  • Siap untuk dihidang.

Mudah dimasak, semua pun masuk dalam satu periuk aje. Boleh ulang makan banyak kali. Kalau beli tapi ‘umat’ kat rumah tu ramai mana puas makan sekali aje kan. Jadi selamat mencuba, try sekarang nanti puasa boleh buat lagi.

Kredit : Jamal dan Asmahan via MAHN, Harmagidun

Continue Reading

Petua

ALMOND COKLAT SEMUDAH ABC

Published

on

By

Almond coklat ini kebiasaannya disajikan waktu hari raya. Namun kini, coklat almond ini juga dijadikan sebagai pemanis mulut/dessert harian.

2 BAHAN INI MENGHASILKAN ALMOND COKLAT YANG SANGAT SEDAP!! 

Almond coklat ini kebiasaannya disajikan waktu hari raya. Namun kini, coklat almond ini juga dijadikan sebagai pemanis mulut/dessert harian. Rupanya cara pembuatannya semudah ABC gais !

Almond Coklat Cuma Guna 2 Bahan, Memang Ketagih! Nak Almond Kekal Rangup, Ikut Tips Ni..
Almond Coklat, Rangupnya Memang Boleh Habis Sebalang. Kudapan almond bersalut coklat ni memang berhantu betul! Sekali dah start mengunyag, memang susah nak berhenti. Ralit makan,krup krap dalam mulut. Rangup sungguh!
Buat banyak-banyak boleh simpan dalam balang. Sambil menonton , sambil makan almond coklat ni.
Nak hiding ganti biskut Raya nanti pun boleh.
RESEPI ALMOND COKLAT 2 BAHAN
Bahan-Bahan:
400g almond
6 pek coklat Cadbury dairy milk ( boleh guna apa-apa coklat kegemaran anda )
Cara-Cara Membuatnya:
Goreng almond tanpa minyak. Api sederhana ye. Rajin- rajin dikacau supaya almond tak hangit dan masak sekata.
Selepas digoreng kemudian masukkan dalam oven pula. Suhu 150 untuk 20 minit. Ini pun rajin buka pintu dan kacau supaya ranggup sebati.
Siap dah.
Rasalah. Rangup sungguh! Tak berhenti makan sebab almond ni. Tapi jangan habiskan sudah. Tak jadi almond coklat kita nanti.
Guna 6 pack untuk 400 gram almond tadi.
Letak dalam mangkuk yang tahan panas.Wapkan. Bawah periuk letak air yang sedang mendidih. Kacau coklat sampai cair. ( guna kaedah double boil ye )
Dah cair begini letak tepi dalam 15 minit. Tunggu dia sejuk.
Dah sejuk coklat tadi masukkan almond. Bila sejuk masuk almond yang dah bakar tadi.
Tips : Jangan masukkan ketika panas, nanti hilanglah kerangupan almond tu. Kacau sebati semua.
Kemudian ambil sudu letak comel comel atas tray. Dah siap masukkan dalam peti ais selama 20 minit.
Siap dah. Boleh dah mengunyah!
Letak dalam balang sesiap. Letak luar pon tak cair ye. Nak lagi cantik, boleh letak dalam paper cup.
Selamat mencuba!
Kredit: Ameera Via Rasa, Harmagidun
Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Nz digital Family