Connect with us

#DUNIA

DI SEBALIK BUMI XINJIANG, CHINA

Published

on

Mereka telah meninggalkan satu sejarah yang besar dengan keindahan budaya yang menakjubkan. Antara kumpulan etnik terbesar di Xinjiang ialah Uyhgur, Han, Kazak, Hui, Monggol, Kirghiz, Xibo, Tajik, Uzbek, Manchu, Daur, Tatar dan Rusia.

APAKAH YANG SEBENARNYA BERLAKU PADA SEJARAH ASAL USUL XINJIANG?

Xinjiang (Bahasa Uyghurشىنجاڭ (Xinjang); Bahasa Cina新疆pinyin: Xīnjiāng; Ejaan peta posSinkiang) ialah sebuah kawasan autonomi (Kawasan Autonomi Uyghur XinjiangRepublik Rakyat China. Xinjiang merupakan kawasan yang besar dan tidak padat penduduknya dan merangkumi satu per enam daripada seluruh wilayah negara. Xinjiang bersempadan dengan Kawasan Autonomi Tibet di selatan, wilayah Qinghai dan Gansu di tenggara, negara Mongolia di timur, negara Rusia di utara, serta negara-negara KazakhstanKyrgyzstanTajikistanAfghanistan dan bahagian-bahagian Kashmir yang dikawal Pakistan dan India di barat. Xinjiang mentadbir kebanyakan kawasan Aksai Chin, sebuah rantau yang dituntut oleh India sebagai sebahagian daripada Jammu dan Kashmir.

“Xinjiang” atau “Ice Jecen” dalam Bahasa Manchu, secara harfiahnya bermaksud “Sempadan Baru”. Nama Xinjiang diberi sewaktu Dinasti Qing pimpinan orang Manchu di China. Xinjiang menempatkan sebilangan kelompok etnik Turkik, termasuk Orang Uyghur yang membentuk kelompok terbesar. Kawasan ini sering digelar Turkestan China atau Turkestan Timur.

China merupakan negara yang amat unik sekali. Negara ini menyimpan pelbagai peninggalan silam dan sejarahnya amat panjang.

Oleh itu, tidak hairanlah negara ini menjadi tumpuan pelancong dari setiap negara untuk meneroka setiap tempat peninggalan sejarah di negara tersebut.

Islam Di China

China mempunyai keluasan negara yang besar dan sebahagian besar penduduknya terdiri daripada etnik bukan Islam.

Saya yakin ramai di antara kita pasti tidak mengetahui bahawa China merupakan di antara negara yang mempunyai penduduk Islam teramai di dunia ini.

Negara ini mempunyai penduduk Islam melebihi 100 juta orang dengan sejarah kedatangan Islam yang melangkaui lebih 1400 tahun. Penduduk di negara China melebihi 1.34 bilion orang.

Terdapat 56 etnik di negara tersebut dan kira-kira hanya 10 daripadanya merupakan etnik yang beragama Islam. Oleh itu masyarakat Islam adalah merupakan golongan minoriti di negara tersebut.

Muslim China sedang solat berjemaah
Muslim China sedang solat berjemaah

Setiap etnik mempunyai kisah suka duka, pahit dan manis. Walaupun mereka hanya di kalangan penduduk minoriti di China, tetapi kewujudan mereka amat dirasai oleh ramai masyarakat.

Dalam artikel ini saya akan menceritakan sedikit sebanyak mengenai penduduk Islam di wilayah Xinjiang.

Asal Usul Nama Xinjiang

Wilayah Xinjiang mempunyai perjalanan sejarah dan cerita yang cukup panjang.

Wilayah ini bukan sahaja merupakan sebahagian daripada wilayah negara China, akan tetapi ianya juga mempunyai hubungan dengan kawasan-kawasan lain pada suatu ketika dahulu.

Xinjiang terletak di bahagian Barat China. Pada suatu ketika dahulu, ianya menjadi sebahagian daripada empayar Turkistan yang juga dikenali sebagai Samarkand atau Khurasan.

Nama asal Xinjiang ialah Turkistan Timur.

peta Xinjiang
peta China

Dahulu terdapat dua wilayah Turkistan iaitu Turkistan Timur dan Turkistan Barat.

Turkistan Timur merupakan wilayah Xinjiang sekarang dan Turkistan Barat pula meliputi negara-negara bekas jajahan Soviet Union seperti Uzbezkistan, Kazakstan, Tajiskistan dan Turmekistan.

Kesemua negara ini membentuk empayar Turkistan dan menjadi kuasa besar Islam suatu ketika dahulu.

Kini nama Turkistan Timur sudah bertukar kepada nama Xinjiang. Nama Xinjiang (新疆xīnjiāng) adalah nama baharu yang telah diberi kepada wilayah ini yang membawa maksud wilayah baru atau kawasan baru.

Nama baru ini diberikan oleh pihak pemerintah China setelah berkuasa di wilayah ini.

Xinjiang merupakan wilayah penting bagi Turkistan di mana ianya menjadi laluan utama dari Barat ke China.

Laluan sutera sepanjang wilayah Xinjiang memberi kesan yang besar dalam perkembangan peradaban Islam.

Sejak zaman dahulu lagi, terdapat pelbagai etnik telah menduduki wilayah ini.

Mereka telah meninggalkan satu sejarah yang besar dengan keindahan budaya yang menakjubkan.

Antara kumpulan etnik terbesar di Xinjiang ialah Uyhgur, Han, Kazak, Hui, Monggol, Kirghiz, Xibo, Tajik, Uzbek, Manchu, Daur, Tatar dan Rusia.

bazar di Urumqi
bazar di Urumqi

Sejarah Perkembangan Wilayah Xinjiang

Xinjiang atau nama asalnya Turkistan Timur terletak di sepanjang Jalan Sutera yang terkenal sebagai pusat perdagangan silam selama lebih daripada 2 ribu tahun.

Turkistan Timur juga pernah menjadi pusat ilmu, budaya dan politik suatu ketika dahulu.

Turkistan Timur meliputi satu kawasan yang cukup luas dan 43% daripada wilayahnya diliputi oleh kawasan padang pasir serta gurun. 40% lagi daripada kawasannya merupakan kawasan gunung-ganang.

Turkistan Timur pernah menjadi salah satu peradaban Buddha sehingga kedatangan Islam ke wilayah berkenaan.

Hubungan di antara orang Uygur di Turkistan Timur dengan umat Islam telah bermula pada abad ke-9 lagi.

Perkembangan Islam meningkat dengan pesat pada zaman Raja Karahanidin. Islam berkembang dengan pesat sehingga beratus-ratus sarjana Uygur yang terkenal di dunia telah muncul. Banyak buku telah ditulis.

Sejarah perkembangan wilayah Xinjiang amat panjang. Secara ringkasnya kita boleh lihat pada zaman pemerintahan Dinasti Manchu.

Dahulu kerajaan Uygur di Turkistan Timur juga dikenali sebagai kerajaan Yarkent telah diceroboh oleh pemerintah Dinasti Manchu.

Pencerobohan tersebut disusuli dengan penaklukan Turkistan Timur yang dijadikan sebagai koloni ketenteraan oleh pihak Manchu dari tahun 1759 hingga 1862.

Pada masa waktu tersebut, penduduk di Turkistan Timur telah menentang pemerintahan Dinasti Manchu di mana sebanyak 42 pemberontakan telah direkodkan. Ianya dilakukan bagi membebaskan wilayah Turkistan Timur daripada penguasaan Manchu.

Mereka akhirnya mencapai kejayaan pada tahun 1864 apabila orang Uygur mengisytiharkan negara Yetteshahar.

Walaubagaimanapun kemerdekaaan tersebut tidak bertahan lama apabila pihak Manchu melakukan serangan balas sekali lagi pada tahun 1876.

Selepas 8 tahun peperangan, akhirnya pihak Manchu berjaya menguasai Turkistan Timur dan menjadikannya sebagai wilayah jajahan yang dinamakan Xinjiang (wilayah baru) pada 18 November 1884.

Kashgar
Kashgar

Revolusi China pada tahun 1911 menjatuhkan pemerintahan Dinasti Qing yang terdiri daripada orang Manchu telah menunjukkan satu permulaan baru bagi wilayah Xinjiang.

Selepas pembentukan Republik Rakyat China pada tahun 1949, wilayah Xinjiang telah diberikan kuasa autonomi yang menjadikannya sebagai sebuah wilayah mempunyai kedudukan istimewa berbanding dengan wilayah-wilayah lain di China.

Pada tanggal 1 Oktober 1955, secara rasminya Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang diasakan.

Jadi nama Turkistan Timur sudah pun diganti dan ianya telah mengakhiri sejarah orang Uygur serta Turkistan Timur.

Di bawah pemerintahan tersebut, kewujudan etnik Uygur terancam dengan penghijrahan beramai-ramai penduduk etnik Han ke wilayah Xinjiang.

Orang Uygur pula ditindas dan diperlakukan dengan zalim dalam usaha untuk membendung kebangkitan rakyat di sana. Pelbagai perkara telah dilakukan terhadap orang Uygur.

Pelbagai konflik telah kita dengari berkaitan dengan Xinjiang. Bermula dari tarikh tersebut juga Xinjiang memasuki satu era zaman baru sehingga sekarang.

pemandangan bandar Kashgar
pemandangan bandar Kashgar

Etnik Uygur

Setiap etnik di Xinjiang mempunyai budaya masing-masing yang amat unik. Keunikan setiap etnik di sini membuatkan ramai pelancong mahu berkunjung ke Xinjiang dan lihat sendiri keindahan kepelbagaian budaya tersebut.

Mari kita mengenali seba sedikit mengenai Etnik Uygur di Xinjiang.Etnik Uygur merupakan kumpulan etnik terbesar di Xinjiang.

Majoriti daripadanya tinggal di kawasan Selatan Pergunungan Tianshan seperti Kashgar, Hotan dan Aksu. Terdapat juga sebilangan daripadanya yang menetap di daerah Ili dan di bahagian Utara Xinjiang.

seni bina banggunan di Kashgar
seni bina banggunan di Kashgar

Etnik ini mempunyai pertalian rapat dengan orang Turki. Keturunan etnik Uygur boleh dijejaki sejak abad ke-3 lagi. Mereka menganut agama Islam sejak abad ke-10.

Bahasa

Etnik Uygur mempunyai bahasa pertuturan dan tulisan mereka sendiri yang berasal daripada rumpun bahasa Altaic Turki.

Jadi apabila ke kawasan seperti Kashgar, pasti anda akan berasa seperti berada di negara lain. Budaya, bahasa pertuturan dan tulisannya berbeza dengan kawasan China yang lain.

Topi

Antara perkara yang menarik mengenai orang Uygur adalah topi bersulam bersegi empat atau lima. Topi orang Uygur juga dikenali sebagai Dopa mempunyai berbagai jenis, corak dan warna.

Ia merupakan buatan kraf tangan yang halus dan gayanya bergantung kepada daerah-daerah yang berlainan. Jika ke sini, jangan lupa untuk membelinya sebagai kenang-kenangan.

topi kaum Uygur
topi kaum Uygur

Makanan

Makanan seharian orang Uygur ialah roti nan dan mee tarik. Makanan istimewa mereka ialah polo iaitu nasi yang dimasak dengan daging kambing segar, lobak merah, bawang besar dan shish kebab.

Kebiasaannya, makanan seperti ini dihidangkan pada musim perayaan atau makanan kepada para tetamu.

Kebab menjadi makanan ringan mereka. Kambing dan susu masam merupakan hidangan yang sangat digemari oleh masyarakat Uygur.

Hari Perayaan

Sebagai umat Islam, mereka juga menyambut perayaan Hari Raya Puasa dan Hari Raya Korban. Kedua-dua perayaan tersebut menjadi perayaan utama dan penting.

Selain itu, mereka juga mempunyai sambutan tradisi iaitu perayaan Nuroze.

Ia disambut selepas berakhirnya musim dingin dan kedatangan musim bunga.

“Nuroze” bermakna hari hujan musim bunga. Perayaan ini jatuh pada bulan Mac setiap tahun di mana waktu siang dan malam adalah sama panjang.

Jadi, tujuan perayaan adalah mengalu-alukan kedatangan musim bunga.

Lagu Dan Tarian

Antara tarian masyarakat Uygur yang palin popular ialah Sanem. Dalam tarian tersebut, seorang atau dua orang akan menari bersama-sama.

Orang lain akan duduk dalam bulatan , menepuk tangan, memukul gendang dan menceriakan keadaan.

Orang Uygur suka bernyanyi dan menari.

bandar Kashgar
bandar Kashgar

Masjid Id Kah

Sejak abad ke-16, Islam menjadi agama yang dominan di wilayah Xinjiang dan telah memberikan kesan besar terhadap kehidupan mereka di sana.

Kemasukan Islam ke Xinjiang mencorak budaya dan seni bina seperti yang terdapat di bangunan atau masjid. Antara masjid yang popular di Xinjiang ialah Masjid Id Kah.

Masjid Id Kah
Masjid Id Kah

Masjid Id Kah merupakan mercu tanda Xinjiang yang terletak di Kashgar. Masjid ini amat terkenal sekali. Presiden Iran telah menghadiahkan permaidani untuk masjid ini.

Masjid ini terletak di kota Kashgar yang merupakan bangunan bercirikan Islam dan mempunyai sejarah lebih daripada 500 tahun. Masjid ini meliputi kawasan seluas 16 800 meter persegi. Ianya mempunyai ruang solat, dewan pengajian, menara pintu masuk dan beberapa struktur lain.

Kira-kira 2 hingga 3 ribu orang umat Islam bersembahyang di masjid ini tiap-tiap hari. Pada hari Jumaat, 6 hingga 7 ribu umat Islam solat berjemaah di sini.

Masjid ini juga mampu memuatkan sehingga 20 ke 30 ribu orang dari pelbagai tempat di Xinjiang yang solat berjemaah di sini pada hari perayaan seperti Hari Raya Korban.

solat berjemaah di Masjid Id Kah
solat berjemaah di Masjid Id Kah

Masjid ini dibina pada tahun 1442 Masihi. Bangunan masjid ini menggabungkan seni bina etnik Uygur, Asia Barat dan kaum Han di China. Mutu seni bina masjid ini amat tinggi dan menunjukkan kebijaksanaan kaum Uygur.

ruang solat Masjid Id Kah
ruang solat Masjid Id Kah
ruang solat Masjid Id Kah
ruang solat Masjid Id Kah

Masjid Id Kah merupakan pusat pengajian agama Islam yang terkenal sejak dahulu lagi. Ramai imam dan sarjana Islam yang berkhidmat di Xinjiang dan Asia Tengah adalah lulusan dari sekolah agama kelolaan masjid berkenaan.

Kesimpulan

Masa berlalu dengan begitu pantas. Wilayah Turkistan Timur semakin dilupakan dan diganti dengan nama barunya iaitu Xinjiang. Akan tetapi sejarah yang telah tercatat tidak boleh dipadam.

Apabila kita mengkaji sejarah, kita akan makin mengenali sejarah di sebalik wilayah Xinjiang ini.

Kita juga akan mengetahui segala punca tentang berlakunya sesuatu konflik.

Sejarah telah merakamkan bagaimana di sinilah wujudnya tamadun dan peradaban yang cukup hebat dan di situ juga menjadi kebangkitan serta kejatuhan kota-kota, perkembangan etnik dan perubahan persekitarannya.

dataran hadapan Masjid Id Kah
dataran hadapan Masjid Id Kah

Marilah kita meneroka bumi Xinjiang. Kita bukan sahaja dapat menikmati keindahan bumi ciptaan Allah, malah kita dapat mengenali adat dan budaya Muslim di sana.

SUMBER : limauMandarin/Wikipedia

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

#DUNIA

(GAMBAR) Surya Manurung “TIKTOKERS INDONESIA” Penderita Sindrom Langka Berkahwin!

Published

on

By

SURYA

Baru-baru ini warganet telah dihebohkan dengan postingan terbaru dari Surya Manurung yang menunjukkan momen Bahagia di saat pernikahannya.

surya

Setelah itu, ribuan doa pun membanjiri ruangan komen Tiktok Surya Manurung tersebut. Banyak netizen yang berharap bahwa perkara itu bukan gimik atau lakonan sahaja.

Dalam postingan tersebut, ia tampak merasa bahagia mempersunting wanita cantik di sampingnya. Surya Manurung pun merasa bersyukur telah rasmi melepas masa bujangnya. Hal itu terlihat dalam keterangan yang diletakkan pada postingannya itu.

surya

“Alhamdulillah Ya Allah,” tulisnya seperti dikutip dari akun TikToknya Surya Manurung.

Seperti yang telah diketahui, Surya Manurung merupakan seorang lelaki yang divonis memiliki kelainan genetik sindrom baber say. Namun, ia tak merasa malu dengan hal itu. Justru ia tampak memperlihatkan kehidupannya di berbagai media sosial, sehingga mampu menginspirasi banyak orang.

Netizen pun ramai-ramai menunjukkan kebahagiaannya dengan mempersembahkan doa-doa terbaiknya. Banyak warganet yang mendoakan agar keluarga Surya Manurung dan isterinya sentiasa menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah, dan warahmah.

surya

Inilah sesetengah komen dari netizen Indonesia yang dapat dibaca di ruangan komen tiktok Surya Manurung.

“Semua sempurna di mata orang yang tepat,” ujar @mawarkinanti199.

“Istrinya cakep masya Allah,” kata @RZQamelia menambahkan.

“Semoga menjadi keluarga samawa ya, Bang,” timpal akun TikTok @scotermatic.

Meskipun begitu, tak jarang pula netizen yang cemas dan berharap agar pernikahan tersebut bukan hanya sekedar gurauan atau gimik.

“Terharu gua cuy, semoga sii cewek bener-bener tulus, aamiin,” ujar @NotYourType mendoakan.

“Merinding bulu gue, semoga benar-benar bukan settingan,” tulis akun @yescy menimpali.

Namun, hal itu diyakinkan oleh seorang warganet yang memiliki akun @Awasadacinta. Ia meyakini bahwa pernikahan tersebut memang benar.

“MasyaAllah, ini memang beneran, ini anak temanku (Sarmon) Dumai, semoga SAMAWA yaa Ananda,” tulisnya.

surya

Hingga kini, postingannya tersebut telah mendapatkan lebih dari 52 ribu like dan lebih dari dua ribu komen dari warganet yang menunjukkan perasaan bahagianya.

Inilah yang dikatakan jodoh tidak mengenal rupa. Keikhlasan hati lah yang sebenar-benarnya perlu dilihat. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat buat kedua pasangan Surya dan isterinya.

SUMBER: SUARAJOGJA

Continue Reading

#DUNIA

Anda akan dibayar RM67,156 jika pindah ke Sardinia!

Published

on

By

sardinia

Geran berjumlah 12,700 pound (RM67,156). Inilah yang ditawar Kerajaan Sardinia, Itali sebagai insentif bagi mereka yang sanggup berpindah ke pulau tersebut.

sardinia

View of the harbor with luxury yachts of Porto Cervo, Sardinia, Italy. The town is a worldwide famous resort and a luxury yacht magnet and billionaires’ playground

Lap0r Daily Mail, geran yang menarik itu merupakan sebahagian daripada skim bagi menggalakkan orang ramai membeli rumah usang dan mengubahsuainya serta memulakan perniagaan baharu di kawasan luar bandar Itali.

Syarat yang dikenakan adalah tanah yang dimaksudkan mesti terletak di kawasan dengan populasi kurang 3,000 penduduk kerana bandar tersebut memerlukan peningkatan ekonomi yang ketara.

Geran hanya akan diberikan kepada mereka yang benar-benar merancang untuk tinggal di sana sepenuh masa.

sardinia

Sebanyak 38 juta pound (RM200 juta) sudah dibayar sebagai inisiatif yang bertujuan membantu menarik orang ramai ke kawasan luar bandar. Ini bagi meningkatkan perdagangan di bandar-bandar kecil dengan memberikan bantuan kewangan kepada pembeli rumah.

Sardinia ialah pulau kedua terbesar di Mediterranean. Pulau itu juga dianggap sebagai permata semula jadi dengan sejarah budaya yang kaya dengan lebih 1,000 batu pantai berpasir.

Selain itu, bandar pelabuhan yang indah serta masih mengekalkan tinggalan zaman gangsa yang dibina sejak 1,500 sebelum Masihi.

Namun, pulau itu sama seperti kawasan luar bandar Itali lain yang mengalami masalah populasi yang semakin berkurangan. Ekonomi juga lembap selepas generasi muda mula berpusu-pusu ke bandar besar untuk bekerja.

Presiden Sardinia, Christian Solinas berkata, pihaknya sudah meletakkan syarat kepada golongan muda membuat keputusan untuk kekal hidup di sini dan membangunkan ekonomi wilayah yang merudum.

“Kita berterima kasih kepada sumbangan pembeli rumah pertama. Sardinia menjadi tanah subur bagi mereka yang akan berpindah ke sana atau memutuskan untuk berkeluarga di sini.

sardinia

“Tidak mungkin ada pertumbuhan tanpa peningkatan sebenar wilayah dan kawasan paling kurang bernasib baik yang mesti melalui dasar baharu untuk mengembangkan populasi semula,” katanya.

Namun, ada pepatah mengatakan “Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri” Lebih baik di negeri sendiri.

SUMBER: UTUSAN

Continue Reading

#DUNIA

IBU BAPA SIBUK “KARAOKE” KANAK-KANAK 3 TAHUN M4UT JATUH DARI TINGKAT 3!

Published

on

By

JATU

Riau; Mal4ng tak berbau. Lantaran lalai dan sibuk berkaraoke hingga pagi buta, ibu bapa ini kehil4ngan cahaya mata berusia 3 tahun.

JATU

Menurut lap0ran Liputan6, ibu bapa yang sedang berkaraoke tidak menyedari anak lelaki 3 tahun m4ut dalam keadaan tr4gis selepas terja,tuh dari tingkat 3 di Hotel Grand Central, Jalan Jendral Sudirman, Kecamatan Bukit Raya, Pekanbaru, Riau, Indonesia pada jam 3.30 pagi waktu tempatan.

Disedari Pak Guard, Pengurus Hotel

JATU

Kejadian yang menimpa kanak-kanak lelaki itu hanya disedari pengawal keselamatan dan pengurus hotel yang ketika itu berada di pos belakang hotel sebelum ternampak sesuatu terja,tuh di halaman hotel tersebut.

Apabila dihampiri, alangkah terke,jutnya mendapati objek tersebut adalah jas4d seorang kanak-kanak yang sudah mening,gal dunia dalam posisi berbaring.

“Saksi yang melihat mang,sa berlumu,ran d4rah kemudian segera membawanya ke h0spital dengan kenderaan milik hotel,” kata Ketua Unit Siasatan Jen4yah P0lis Pekanbaru, Kompol Andrie Setiawan.

Saksi yang berada di tempat kejadian sempat mendongak ke atas dari lokasi mangsa terjatuh. Dia mendapati tingkap bilik pada aras 3 hotel itu terbuka.

Mereka kemudian cuba memasuki bilik bernombor 328 berkenaan tetapi tidak berjaya.

“Disebabkan tiada orang membuka pintu, kerani hotel membuka bilik dengan kunci utama. Bilik itu kosong dan tingkap terbuka,” tambahnya.

Ibu Ayah Pergi Karaoke Tingkat Bawah Hotel

Kira-kira 10 minit kemudian, ibu bapa mangsa yang juga warga dari bandar Lampung iaitu Muhammad Rizky Ravaneli, 22 dan  Okta Reviani Heni, 23 tahun kembali ke bilik mereka. Mereka yang tidak mengetahui perihal kema.langan itu mula mencari si kecil berkenaan namun tidak ditemui.

Pasangan muda itu berkata mereka tidak berada di dalam bilik hotel kerana berkaraoke di sebuah ruang karaoke di tingkat bawah hotel.

JATU

Saksi kemudian mengarahkan ibu bapa kanak-kanak itu ke lobi dan menerangkan keadaan.

H0spital Syafira

“Mangsa yang telah dibawa ke H0spital Syafira disahkan meningg4l dunia, Mangsa kemudian dibawa ke H0spital Bhayangkara P0lis Riau untuk be,dah sia,sat,” kata Andrie.

Kejadian ini wajar dijadikan pengajaran, khususnya golongan ibu bapa dan mereka yang bergelar penjaga kanak-kanak. Hanya kepada kita insan-insan kecil ini mengharapkan perlindungan.

H0spital Bhayangkara

Bukan sahaja ditinggalkan sendirian di rumah, kanak-kanak tidak boleh dibiarkan sendirian tanpa pengawasan sama sekali.

Menurut Jabatan Kesihatan dan Hal Ehwal S0sial AS, kanak-kanak tidak sepatutnya ditinggalkan di dalam kereta, taman permainan atau di mana sahaja tanpa pengawasan.

Hal ini kerana kanak-kanak di bawah umur berkenaan tidak dapat menentukan yang mana selamat dan yang mana tidak. Mereka lebih mementingkan keser0nokan sendiri seperti bermain berbanding keselamatan diri sendiri.

Hotel Grand Central Pekanbaru

Kempen Keselamatan Kanak-Kanak di Amerika Syarikat (AS) membataskan hanya kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas boleh ditinggalkan sendirian di rumah.

Manakala bagi sesetengah negeri di sana terdapat had umur tersendiri seperti Illinois, 14 tahun, Maryland, 8 tahun, manakala Oregon, 10 tahun.

Selain umur dan kematangan, kanak-kanak perlu didedahkan dengan kemahiran tertentu apabila berdepan situasi kece,masan.

Takziah buat ibu bapa tersebut serta keluarga mereka. Semoga kes sebegini tidak akan berulang lagi dan menjadi iktibar buat para ibu bapa dan penjaga lain.

SUMBER: HARMAGIDUN

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Nz digital Family