Connect with us

#SEMASA

AHMAD AMMAR PENUNTUT BUMI EROPAH TELAH SYAHID

Published

on

Anda mungkin pernah mendengar kisah mengenai Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam suatu ketika dahulu. Allahyarham telah mendapat Syahid.

MASIH INGATKAH KITA TENTANG KISAH PERJUANGAN SEORANG ASY-SYAHID AHMAD AMMAR ?

Anda mungkin pernah mendengar kisah mengenai Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam suatu ketika dahulu. Pemuda yang merantau ke Bumi Eropah untuk menuntut ilmu namun ditakdirkan men1nggal dunia dalam usianya yang sangat muda setelah menjadi mangsa kem4langan jalan raya.

Waktu admin masih menuntut di universiti, kisah ini sangat viral sehingga berduyun orang membeli naskah buku mengenai syahid seorang Ammar. Admin teringat kata-kata seorang senior. Kata beliau, “Eleh, ingatkan hebat sangat. Rupanya keluarga berpengaruh jadi mudahlah dia (bapak Allahyarham Ahmad Ammar) meminta gelaran syahid dan dimakamkan di perkuburan ahli syahid “. Admin sedikit terkejut kerana kenyataan beliau agak kasar. Bagi admin, gelaran syahid bukan mudah diminta-minta dan dikuburkan dekat dengan para syahid. Admin percaya, syahid ini anugerah daripada-Nya terhadap manusia yang terpilih.

Ikuti kisah beliau di bawah bagaimana dia layak mendapat syahid kerana perjuangannya luar biasa.

Selepas men1nggal dunia, nama Allahyarham menjadi sebutan bukan sahaja di negara dimana jasadnya dikebumikan iaitu di Turki, malah turut disebut-sebut dalam kalangan belia dalam negara.

Kem4tian beliau begitu dicemburui malah jen4zahnya diberi pernghormatan untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan yang menempatkan jasad 60 para syuhada yang juga sahabat-sahabat Nabi yang membebaskan Konstatinopel antaranya Abu Ayyub al-Ansari .

Ikuti perkongsian oleh saudara Muhammad Najmie Ruslan yang sempat menziarahi pusara Allahyarham dan kisah syahid yang tertangguhnya di bawah.

AHMAD AMMAR, KISAH SYAHID YANG TERTANGGUH

“Alhamdulilah saya sempat menziarahi Pusara Ahmad Ammar, seorang Anak Muda yang diberikan penghormatan oleh Kerajaan Turki untuk dikebumikan di Tanah perkuburan Ayub.

Apabila sampai di sana, sejuk mata memandang apabila melihat kubur pusara Ahmad Ammar penuh dengan bunga2 tulip yang hidup dengan suburnya.”

Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia semuda 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya ketika Awal Muharram di Istanbul, Turki.

Ahmad Ammar telah memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki.
Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya.

Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan.
Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman dan ibunya Puan Nur Azlina Aziz.

Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Ahmad Ammar merupakan pelajar yang sangat cemerlang SPM di RMC (Maktab Tentera Diraja) namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki, bersama harapan dan perancangan kedua ibu bapanya

Juga, untuk menjadikan dirinya pemimpin negara kita yang pakar dalam sejarah khususnya Sejarah Uthmaniyyah, dan fasih bertutur di dalam bahasa Turki serta mendapat pendidikan di sana.

Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali.

Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang.

Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia.

Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria.

Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria.
Allahu Akbar!

Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”.

Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik.

Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad dalam angkatan pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel.

Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari.

Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan.

Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah S.A.W dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari?

Bukankah unta Baginda S.A.W dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain?

Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda S.A.W dari Makkah ke Madinah.

Taqdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah S.A.W di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki.

Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan.

Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’:

“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi.

Malah catatan terakhirnya dan di masukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi:

“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian.

Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting.

Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun.

Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.”

Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya, Tuan Haji Ahmad Azam, beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulan.

Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara.

Beliau amat rindukan syahid.

Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya.

Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini.

Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar.

Masya Allah Tabarakallah!

Untuk insan yang istimewa ini —-> Al-Fatihah.

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Hanya pada hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan di masukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”  Al-Imran:185

“Andai aku syahid, kebumikan aku di pinggir Constantinople. Agar pada suatu hari nanti, apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku, tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai!”

– Abu Ayyub al-Ansari r.a. 44H –

Sumber: Muhammad Najmie Ruslan/

Kashoorga / Siakap keli.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

#SEMASA

BOB LOKMAN MEN1NGGALKAN KITA SEMUA

Published

on

By

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati
BOB LOKMAN MENGEMBUSKAN NAF4S TERAKHIR
Innalillahi wainna illaihirojiun…
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai m4ti.
“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kem4tiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarga beliau, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..”
Untuk makluman semua, Abg Bob Lokman baru sahaja men1nggal dunia, Hari JUMAAT.. Sama-sama kita sedekahkan alfatihah.
May be a black-and-white image of 1 person and beard
KOTA BHARU : Penulis lirik terkemuka tanah air yang juga pelakon terkenal, Bob Lokman, 58, men1nggal dunia hari ini.

Difahamkan Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman men1nggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan penulis lirik itu bergantung ny4wa pada j4ntung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC). –UTUSAN

Sumber : Utusan / AstroAwani

Continue Reading

#SEMASA

KANAK-KANAK M4UT TERTUSUK SERPIHAN K4CA

Published

on

By

Mengutip berita dari Perlis Aktif , seorang kanak-kanak ditemui m4ti ketika sedang bermain. Sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah untuk Muhammad Arif Fayyadh b Wahyu Asmi.
ADIK ARIF FAYYADH DITEMUI MEN1NGGAL
Mengutip berita dari Perlis Aktif , seorang kanak-kanak ditemui m4ti ketika sedang bermain. Sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah untuk Muhammad Arif Fayyadh b Wahyu Asmi.
Mengikut laporan, adik Arif Fayyadh meninggal dengan cara tertusuk serpihan k4ca ketika bermain di rumahnya di Kampung Bukit Changgang, Banting.
Salam takziah buat keluarga arwah

MELOMPAT dari sofa, dada tertusuk k4ca meja, pemergian tr4gis seorang kanak-kanak di Kampung Bukit Changgang, Banting, Selangor menjadi perhatian hati warga maya.

Aj.al tertulis buat kanak-kanak lelaki, Muhammad Arif Fayyadh bin Wahyu Asmi, 7, yang m4ut selepas tertusuk serpihan k4ca di bahagian dada ketika bermain di rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata kejadian berlaku ketika mangsa sedang bermain sendirian pada kira-kira jam 4.00 petang.

“Semasa kejadian berlaku, ibu bapa mangsa turut berada di dalam rumah, mereka mendakwa kanak-kanak itu melompat di atas sofa rumahnya sebelum jatuh di atas meja k4ca yang berada di hadapan sofa.

“Kejadian tersebut mengakibatkan dada mangsa terkena serpihan kaca. Mangsa telah dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Banting dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan,” katanya.

Sumber : PerlisAktif / SinarHarian

Continue Reading

#SEMASA

Murid Tahun 1 Sembunyikan LUK4 DER4 Dengan Memakai Jaket!

Published

on

By

DERA

KEDAH: Kerana curi.ga seorang guru terhadap murid Tahun 1 yang memakai jaket di dalam kelas, rahsia pende,raan terhadap murid itu akhirnya terbongkar.

Apa yang menye,dihkan, dia menjadi mang,sa pende,raan bapa kandung sendiri.

Difahamkan, kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun itu memakai jaket untuk menyemb,unyikan kesan lu,ka dan kecede,raan pada badannya akibat dipu,kul.

Semasa kejadian di dalam kelas pada jam 8 pagi kelmarin, guru berkenaan berasa pelik selepas melihat kesan merah di muka anak muridnya itu.

DERA

Guru Terkejut Lihat Kesan C4lar, Le.bam, Lu,ka dan K0yak Pada Murid

Guru terbabit memaklumkan kepada guru penolong kanan yang kemudian membuat pemeriksaan sebelum terke,jut apabila mendapati ada kesan ca,lar di badan, le,bam siku, lu,ka telinga kiri dan bibir terk0yak dipercayai akibat dipu,kul.

Susulan itu katanya, percayai kesan lu,ka itu akibat dipu,kul, satu laporan polis dibuat guru sekolah berkenaan.

“Mang.sa dibawa guru penolong kanan berkenaan ke balai polis dan turut dihantar ke H0spital Sultan Abdul Halim (HSAH) sebelum dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut,” katanya Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan.

Menurutnya, dalam laporan perubatan awal d0ktor yang merawat mendapati terdapat kesan le,bam baru dan lama.

Leb4m yang terdapat di kepala, leher serta badan yang didakwa berpunca daripada pende,raan.

Bapa Ditahan

Susulan itu, polis menahan bapa murid terbabit yang berusia 29 tahun di Jalan Jati, Sungai Petani jam 8 malam kelmarin.

Sus,pek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk sias,atan lanjut dan difahamkan dia mengaku memu,kul anaknya itu.

Polis turut meram,pas sebatang penyapu, rotan panjang dan senduk plastik yang dipercayai digunakan sus,pek ketika memu,kul anaknya.

Kata Zaidy lagi. Hasil sia,satan dan pemeriksaan lanjut kita mendapati mang.sa yang juga anak tunggal itu tinggal bersama bapa kandung dan ibu tiri sejak setahun lalu.

Degil Dan Hiperaktif Punca Bapa Pu,kul Anak

Sus,pek turut mengaku memu,kul anaknya sejak 2 bulan lalu kerana mendakwa mang.sa degil dan hiperaktif.

“Sebelum ini, mangsa dijaga neneknya yang tinggal di Tanjung Dawai sejak kecil dan dia juga baru berpindah sekolah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sus,pek yang juga pekerja kilang itu kini dire.man 6 hari. Reman bermula semalam bagi membantu sia.satan mengikut S3ksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Terima Kasih Cikgu

Meninjau reaksi-reaksi warganet mengenai perkara ini, rata-ratanya mengucapkan terima kasih kepada guru yang prihatin. Mengambil berat dan berani ke hadapan untuk membuat laporan p0lis dalam membela nasib muridnya.

Sememangnya bukan mudah menjaga kanak-kanak hiperaktif, autis.me dan seumpamanya. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi serta pengetahuan bagaimana untuk mendidik dan mengawal mereka, bukan dengan kekerasan mahupun pende,raan.

SUMBER: HARMAGIDUN

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Nz digital Family