Connect with us

#TAULADAN

7 tip cari jodoh oleh Dr Fadzilah Kamsah

Published

on

jodoh

Saat ketika masih bujang, setiap individu pasti tertanya-tanya akan akan siapa gerangan jodoh nya.

Pasangan terbaik ialah yang pernah melihat waktu terbu,ruk kita.

Demikian tip pakar motivasi, Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah yang turut berkongsi enam panduan lain tentang mencari jodoh.

jodoh

Setiap insan di dunia ini dilahirkan berpasangan dan jodoh itu merupakan rahsia-NYA.

Namun semakin meningkat usia, hati akan resah dan gelisah bila disoal berkaitan cinta dan jodoh.

Usah terburu-buru membuat keputusan kerana memilih jodoh ibarat menentukan masa depan. Ia perlu dilakukan dengan teliti, andai tersilap langkah d3rita sepanjang hayat.

Berikut 7 panduan yang dikongsikan Dr Fadzilah Kamsah atau lebih mesra dengan panggilan Tok Abah buat si bujang mencari jodoh:

1. Jangan berasa sendiri dan membanding-bandingkan dengan kawan kamu semua yang sudah berkeluarga. Jodoh bukan perlumbaan, maka tidak perlu melihat mereka.

2. Tetap bujang sehingga kamu benar-benar telah menjumpai seseorang yang matang dan bertanggungjawab untuk mencintai kamu dan keluarga kamu.

3. Pilih seseorang yang sedar bahawa tiada tempat untuk bermalas-malas dalam sebuah perhubungan yang memerlukan komitmen.

4. Pilih si dia yang tidak pernah menghukum masa lalu kamu.

Seseorang yang menghargai kamu pada masa ini dan sentiasa ‘look forward’ untuk mencipta kehidupan terindah denganmu.

5. PILIHLAH SI DIA YANG TELAH MELIHAT MASA TERBURUK KAMU, MAKSUDNYA PERNAH MELIHAT KAMU GAGAL DAN HAMPIR PUTUS ASA. DIA DATANG SEBAGAI

KEKUATAN DAN SENTIASA PERCAYA DENGAN KEUPAYAAN KAMU.

jodoh

6. Pilihlah si dia yang sentiasa meletakkan ALLAH SWT di tempat tertinggi dan mendekatkan kamu dengan-NYA

7. Pilihlah si dia yang tidak pernah merasa penat denganmu. Seseorang yang sentiasa mempunyai idea untuk elak kamu merasa bosan dan membuat sesuatu perkara memberikan inspirasi serta indah.

Jodoh itu ALLAH telah tetapkan. Usah merasakan ia terlambat kerana hidup ini ALLAH telah bentangkan penuh keindahan untuk kita.

Kadangkala, ALLAH sengaja menghilangkan jodoh kita dengan pasangan sebelum ini, hanya kerana Dia lebih mengetahui orang yang tepat untuk menjadi milik kamu.

Mulai hari in berdoalah dan ubah diri menjadi insan yang lebih baik dan baik. Insya-ALLAH ada calon yang baik pasti menghampiri dan mengetuk pintu hatimu untuk berumahtangga.

Sampai masanya anda akan temukan jodoh yang telah ditetapkan dari luh mahfuz. Terus berdoa, dan jangan pernah Lelah dan putus asa.

SUMBER: SINARHARIAN

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

#TAULADAN

DOA DALAM DIAM

Published

on

By

Kekuatan Doa sangat luar biasa. Bagi yang tidak percaya pada kehebatan doa, cubalah doakan seseorang dalam diam. Kita akan lihat kesannya.

DOA DALAM DIAM – IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-108: DOA SEORANG SAHABAT KEPADA SAHABATNYA

Doa merupakan senjata bagi orang Muslim. Ramai dari kita yang sering berhajat sesuatu kepada Allah namun masalah yang kita hadapi terlalu lama kita tanggung. Memang benar, ujian yang lebih panjang ada kelebihannya iaitu banyak pelajaran yang kita dapat, kita lebih matang dan kedepannya kita lebih kritis dalam menangani dan menyelesaikan sesuatu masalah secara tenang.

Namun, sesetengah daripada kita, apabila ujian menimpa terlalu lama, kita malah menjadi kurang percaya pada sebuah doa dan pertolongan daripada Allah. Ia menyebabkan iman kita goyah dan dikhuatiri syaitan lebih mudah menghayutkan kita ke jalan kesesatan. Na’udzubillahimindzalik !

Oleh yang demikian, salah satu cara agar doa kita mudah diqabulkan dengan cepat adalah dengan mendoakan orang lain dalam diam. Semoga persoalan dan jawapan di bawah dapat memberikan kita intipati dan jalan keluar daripada masalah.

Soalan: Apakah sahih hadith berdoa kepada sahabat tanpa pengetahuannya adalah mustajab?

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berdasarkan soalan di atas, doa merupakan satu anugerah yang sangat istimewa dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita sebagai hamba-Nya. Sebelum kami menjawab persoalan di atas, di sini kami ingin nyatakan makna doa terlebih dahulu.

Menurut Imam al-Khattabi, makna doa adalah pemohonan  hamba kepada Tuhannya dengan mengharapkan  pertolongan-Nya dan juga bantuan daripada-Nya. [Lihat: Sya’n al-Du’a, 1/4]

Selain itu, Allah SWT sangat suka hamba-hamba-Nya berdoa kepada-Nya sebagaimana yang disebut di dalam nas-nas ilahi. Antaranya, Firman Allah SWT:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul”. [al-Baqarah:186]

Berkaitan soalan di atas, hadith berkaitan doa kepada sahabatnya tanpa pengetahuannya adalah mustajab adalah hadith yang sahih sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Muslim di dalam kitabnya (Sahih Muslim).

 

Matan Hadith

Daripada Abi Darda’ RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ، إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ: وَلَكَ بِمِثْلٍ

Maksudnya: “Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan)”. [Riwayat Muslim (4912)]

Daripada Safwan bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ، عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ، قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Maksudnya: “Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”. [Riwayat Muslim (4914)]

 

Makna Hadith

Adapun yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dengan “ظهر الغيب” adalah ketika orang yang didoakan itu tiada ataupun berdoa kepadanya secara diam-diam (tanpa pengetahuannya). Ini kerana, dengan cara itu akan menimbulkan atau meningkat tahap keikhlasan kita ketika berdoa. Selain itu, yang dimaksudkan dengan “مثل”  adalah seperti yang didoakannya. Tambahan pula, ini menunjukkan akan kelebihan berdoa kepada saudaranya muslim secara diam atau sembunyi. Walaupun yang didoakan itu adalah sekumpulan kaum muslimin maka dia akan memperoleh kelebihan ini (kemustajaban doa). Jika yang didoakan itu adalah sebahagian daripada kaum muslimin, zahirnya dia juga mendapat kelebihan ini. (iaitu Allah SWT memakbulkan doanya). Disebabkan itu, sebahagian salaf, jika mereka ingin mendoakan kepada dirinya, mereka akan berdoa kepada saudaranya muslim secara sembunyi kerana ia adalah mustajab dan mereka akan memperolehi yang sama seperti yang didoakan itu. [Lihat: al-Minhaj Syarh Muslim, 17/49]

Fiqh al-Hadith

Antara fiqh al-Hadith yang boleh diambil daripada hadith ini adalah:

  • Islam sangat menggalakkan setiap umatnya agar sentiasa berdoa kepada saudaranya.
  • Kita dituntut untuk mendoakan perkara-perkara kebaikan kepada saudara kita.
  • Doa seorang hamba tanpa pengetahuan saudaranya adalah mustajab di sisi Allah SWT.
  • Setiap apa yang kita doakan, Allah SWT juga akan mengurniakan kepada kita sama seperti yang kita doakan.

 

Penutup

Kesimpulannya, marilah sama-sama kita berdoa kepada sahabat atau saudara kita dalam setiap doa yang kita panjatkan kepada Allah SWT. Ini kerana, doa memiliki kuasa atau kelebihannya yang tersendiri dan Allah SWT pasti akan memakbulkan setiap permintaan hamba-Nya tapi dengan cara yang berlainan. Akhirnya, semoga Allah SWT memakbulkan setiap doa kita serta menggolongkan kita daripada kalangan hamba-Nya yang menerima taufik dan hidayah-Nya. Amin,

Wallahua’lam

SUMBER : Muftiwp.Gov.My

Continue Reading

#SEMASA

LELAKI M4BUK TERJUMPA DIRINYA SENDIRI

Published

on

By

Seorang lelaki mabuk menghabiskan masa berjam-jam lamanya menyertai misi pencarian orang hilang bersama pasukan penyelamat.

Lelaki M4buk Bantu Polis Cari Orang H1lang, Rupanya Yang H1lang Itu Dirinya Sendiri

                                                                                           Gambar Sekadar Hiasan

Seorang lelaki mabuk menghabiskan masa berjam-jam lamanya menyertai misi pencarian orang hilang bersama pasukan penyelamat.

Bagaimanapun, dia langsung tidak sedar bahawa orang hilang yang dicarinya itu sebenarnya adalah dirinya sendiri.

Beyhan Mutlu dari Inegol, Turki sebelum itu mengembara di hutan bersama rakan-rakannya dan didakwa turut minum minuman beralk0hol hingga mabuk.

Namun menurut Daily Mail, isterinya mendakwa cuba menghubunginya berkali-kali tapi gagal, lalu terus membuat lap0ran polis tentang ‘kehilangannya’.

Lantas pihak p0lis bersama pasukan penyelamat dan sukarelawan segera ke hutan berkenaan bagi melakukan 0perasi pencarian Beyhan yang dikatakan hilang itu.

Dalam masa sama, Beyhan bersama rakan-rakannya yang mabuk ketika itu menyedari kehadiran pasukan penyelamat tersebut, lantas turut menyertai mereka bagi membantu pencarian ‘orang hilang’ terbabit.

Bagaimanapun ketika salah seorang penyelamat melaungkan nama ‘Beyhan Mutlu’ dengan kuat sewaktu mencari, Beyhan yang sedang mabuk terus menjawab “Saya di sini!”.

Sekelip mata, ‘orang hilang’ itu telah dijumpai dan misi pencarian akhirnya selesai.

Beyhan kemudiannya diminta untuk beri keterangan kepada polis mengenai ‘kehilangannya’ yang telah membimbangkan keluarganya.

Namun Beyhan merayu kepada p0lis, “Jangan hkum saya te.ruk-te.ruk, tuan. Ayah saya akan bnuh saya,”

Pihak p0lis menghantarnya pulang ke rumah selepas itu dan lanjutan kes ‘kehilangan’ tersebut tidak dikenal pasti setakat ini.

SUMBER : BorneoDailyBuletin

Continue Reading

#SEMASA

ANTANOM ANAK RIMBA BORNEO (SABAH) BERJIWA BESAR !

Published

on

By

Orang sabah kena bangga kerana memilki pahlawan berjiwa besar iaitu ANTANOM ! Tidak ramai dari kita yang memilki sifat mulia sepertinya.

ANTANOM ANAK RIMBA BORNEO (SABAH) BERJIWA BESAR !

ANTANOM merupakan anak kelahiran sabah yang memilki sifat yang sangat terpuji kerana dia memiliki jiwa yang sangat besar ! Orang sabah kena bangga kerana memilki pahlawan berjiwa besar iaitu ANTANOM ! Tidak ramai dari kita yang memilki sifat mulia sepertinya.

Mungkin sudah ramai yang lupa pada sejarah pahlawan sabah ini. Untuk mengembalikan semula semangat memperjuangkan kemajuan dan perubahan sabah, jom kita kenali semula latar belakang pahlawan yang hebat ini !

 

a) Latar belakang

  •  Nama sebenar Ontoros anak lelai Antanom
  •  Ketua kaum Murut di Rundum
  •  Dilahirkan pada tahun 1875
  •  Ketika beliau berusia 30 tahun Antanom telah memimpin orang Murut menentang SBUB yang menindas kaumnya

(b) Faktor Penentangan

(i) Melarang Membuka Tanah Baru
– SBUB melarang mereka membuka tanah baru
– Merasakan hak mereka diceroboh
– Akibatnya mereka kekurangan beras

(ii) Mengenakan Cukai Yang Membebankan
– Cukai kepala satu dolar setiap orang
– Cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen setiap ekar
– Cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25 sen
– Cukai tangkapan ikan besar
– Cukai memelihara anjing sebanyak satu dolar seekor

(iii) Menjadi Buruh Paksa
– Orang Murut dijadikan buruh paksa
– Tujuan untuk membina jalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum

(iv) Menzalimi Keluarga
– Suami isteri kaum Murut dikehendaki tinggal berasingan di sebelah menyebelah tebing sungai
– Mereka dikenakan satu dolar setiap kali berkunjung
– Jika mereka mempunyai dua orang anak, salah seorang akan diambil SBUB untuk dijadikan buruh paksa

(v) Menceroboh Kawasan Hutan
– SBUB menceroboh hutan untuk membina jalan
– Kaum Murut membantah kerana mengikut kepercayaan mereka pencerobohan akan mengganggu roh nenek moyang mereka

© Peristiwa Penentangan

ORANG KITA sabah sarawak -OKss - Sejarah Aki Antanom, Pahlawan besar Murut  yang bertanggungjawap mendirikan "Negeri Murut" di Selatan Sabah, North  Borneo. Siapakah Antanom? Antanom atau nama sebenarnya Ontoros bin Antanom  dilahirkan
– Antanom menyatukan orang Murut menentang SBUB dmi menebus maruah mereka
– Februari 1915 Antanom menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan
– Mac 1915 Antanom memimpin kira-kira 600 orang Murut menyerang Rundum dan berjaya memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB
– Kejayaan itu menaikkan semangat perjuangan orang Murut dan pengikut Antanom   bertambah menjadi 900 orang
– Antanom membina kubu pertahanan di Sungai Selangit yang mengandungi 7 buah rumah bawah tanah
– April 1915 SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang kubu Antanom
– Pertempuran berlaku selama 6 minggu
– Antanom dan 400 orang Murut terkorban dalam mempertahankan Rundum
– Penentangan ini dikenali sebagai ‘Kebangkitan Rundum’

(d) Kesan Penentangan

Terseksa jadi buruh paksa tentera Jepun | Sinar Harian

                                                                                 Sekadar gambar hiasan 

SBUB mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut Antanom
– 8 orang kanan Antanom dibuang daerah ke Kudat
– Pengikut-pengikut yang lain menjadi buruh paksa memasang kawat telegraf dari Kimanis hingga ke Keningau
SBUB mengarahkan orang Murut bersumpah taat setia bagi mengelakkan kebangkitan seterusnya
– Orang Murut berpindah ke pedalaman Kalimantan sebagai tanda protes terhadap SBUB

SUMBER : https://tokohtokohpejuangsabah.tumblr.com/post/107608128228/antanom-pahlawan-anak-rimba-berjiwa-besar / Tokoh tokoh pejuang sabah

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Nz digital Family